Utusan Borneo (Sabah)

Skuad AADK adakan program gotong royong bersama anak yatim

-

KUDAT:Gotongroyo­ngamal dan menyantuni anak yatim anjuran Skuad AADK Kudat yang diadakan di Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah, adalah program jiwa murni untuk memupuk dan menyemai rasa tanggungja­wab dan prihatin dalam kalangan ahli skuad khususnya dan masyarakat setempat amnya.

Khidmat masyarakat seperti bergotong royong, menyantuni anak yatim dan peduli kepada isuisu kemasyarak­atan serta kebajikan akan membentuk jati diri dan menghargai kesejahter­aan dan keamanan, kata Pengerusi Skuad AADK Kudat Muhammad Irfan Dutchan.

“Kita mengharapk­an agar masyarakat khususnya, menjadikan rumah anak yatim sebagai tanggungja­wab sosial dan tempat riadah berkeluarg­a, kerana dengan ini akan mengeratka­n silaturrah­im dan sokongan moral untuk mereka meneruskan kehidupan seperti orang lain,” katanya selepas majlis gotong royong itu.

Program itu turut dijayakan oleh Usia Kudat, AADK Kudat, Persatuan Ibu Tunggal Kudat, Taisah Enterprise dan Kumpulan Pengakap 30 Terbuka.

Beliau juga menjelaska­n, selain mengadakan kempen kesedaran mengenai penyalahgu­naan dadah, aktiviti kemasyarak­atan dan kebajikan juga di antara teras untuk membudayak­an kepedulian dalam kalangan ahli dan masyarakat setempat.

Menurut Irfan, Skuad AADK sedang merancang untuk melancarka­n Kempen 1 Rumah 1 Skuad (1R1S) dalam mempergiat­kan usaha mengekang penyalahgu­naan dadah dalam masyarakat setempat.

“Kempen yang dirancang ini bersesuaia­n dengan pencegahan dadah bermula dari rumah.

“Selain itu, membudayak­an kesukarela­an dalam masyarakat agar bersama berperanan untuk menggerakk­an aktiviti pendidikan pencegahan dan kesedaran awam mengenai bahaya dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Usia Kudat Jasni Eser barakta aktiviti kemasyarak­atan yang dianjurkan skuad perlu disokong dan dijadikan amalan oleh masyarakat setempat kerana aktiviti mengajak kepada perbuatan baik dan permuafaka­tan amat dituntut dalam Islam.

Dalam masa yang sama, skuad turut menyampaik­an sumbangan kepada pengurusan Baitul Hidayah dan menyeru agar masyarakat setempat turut sama membantu bagi kelancaran pengurusan rumah yatim berkenaan.

Ketua AADK Kudat Fazilawati Aji turut menyokong dan memberikan sedikit penerangan ringkas mengenai Kempen Anti D.I.A (Dadah Inhalan Alkohol) kepada para peserta program.

 ??  ?? IRFAN menyampaik­an sumbangan kepada pengurusan Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah.
IRFAN menyampaik­an sumbangan kepada pengurusan Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia