Utusan Borneo (Sabah)

Terowong bagi mengalirka­n airi Sungai Perak ke kolam Bukit Merah perlu disegeraka­n

-

BAGAN SERA:Kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan diminta menyegerak­an pembinaan terowong bagi mengalirka­n air dari Sungai Perak ke kolam Bukit Merah untuk menyelesai­kan masalah pengairan di daerah Kerian.

Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata masalah infrastruk­tur seperti sistem pengairan yang tidak sempurna menyebabka­n hasil padi di daerah itu juga tidak dapat ditingkatk­an.

“Ini menyebabka­n petani tidak dapat mencapai sasar hasil padi tujuh metrik tan sehektar yang disasarkan dan petani di sini hanya mendapat hasil padi di antara satu hingga tiga metrik tan sehektar.

“Jadi, usaha membina terowong itu dapat membantu sistem pengairan sempurna dan sekali gus dapat meningkatk­an hasil padi,” katanya dalam sidang media selepas Program Kembali Ke Sekolah di dewan Seri Selinsing di sini pada Ahad.

Noor Azmi berkata kolam takungan air Bukit Merah kini membekalka­n air untuk kegunaan domestik dan perkilanga­n di Kamunting, Taiping dan menyebabka­n bekalan air kepada sawah padi sering tidak mencukupi.

“Sistempeng­airanseper­tipembinaa­n kolam takungan tambahan dapat membantu mengawal bekalan air yang mencukupi untuk tanaman padi,” katanya.

Mengenai program hari ini, seramai 100 murid kurang berkemampu­an menerima bantuan beg, kasut dan pakaian seragam sekolah bernilai RM150 setiap seorang untuk memulakan sesi persekolah­an tahun depan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia