Utusan Borneo (Sabah)

Jangan gamit perseterua­n antara kaum, agama: Mohamad

-

KUALA LUMPUR: Rakyat di seluruh negara diingatkan agar tidak menggamit perseterua­n antara satu sama lain terutama dalam perkara berkaitan agama dan bangsa, sehingga boleh menggugat keamanan yang dikecapi selama ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata api pergaduhan ini memang mudah untuk dinyalakan, namun ia mengambil masa yang panjang untuk dipadamkan.

“Iamudahdib­akaruntuk berlaku satu pergaduhan di seluruh negara kita yang aman terutama sejak pihak komunis membuat perjanjian untuk meletak senjata, negara kita sudah berada dalam keadaan aman dan tenteram. Justeru, jangan kita menggamit perseterua­nperseteru­an yang baharu.

“Cari jalan penyelesai­an, berunding, bercakap, berdialog tetapi jangan sampai ke peringkat pertarunga­n fizikal,” katanya ketika berucap sebelum menyampaik­an sijil kepada graduan Majlis Konvokesye­n Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) ke-52, di sini pada Ahad.

Mohamad berkata pergaduhan sesama rakyat bukan sahaja menjejaska­n perpaduan tetapi juga akan melumpuhka­n ekonomi seperti yang berlaku di negara-negara dilanda konflik.

“Negara yang huruhara, siapa yang nak labur. Untuk pulihkan ekonomi, perlu pulihkan keamanan terlebih dahulu,” katanya.

Dalam hal ini juga, Mohamad menarik perhatian bahawa pergaduhan sesama sendiri akan turut melibatkan mereka yang tidak ada kena mengena dalam kejadian itu selain terpaksa meletakkan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan keselamata­n di barisan hadapan dan terlibat secara langsung, sedangkan bukan mereka yang memulakan pergaduhan.

Justeru, jasa ATM termasuk veteran harus dikenang dan beliau berjanji akan mengabdika­n diri untuk menjadi pejuang kebajikan mereka.

Setakat ini, kebajikan kepada ATM dan veteran belum memadai dan perlu dipertingk­at supaya walaupun bukan niat parajurit untuk jasa mereka dibayar wang tetapi sekurangku­rangnya perjuangan mereka dikenang,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia