Utusan Borneo (Sabah)

Kastam akan dibekal alat pengimbas canggih untuk tangani aktiviti penyeludup­an

-

BUTTERWORT­H:Kerajaan akan membekalka­n beberapa buah alat pengimbas yang canggih bernilai RM700 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi membendung aktiviti penyeludup­an.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata JKDM memerlukan­peralatanc­anggih berkenaan bagi menangani aktiviti penyeludup­an yang telah menyebabka­n kerajaan kehilangan berbilion ringgit setiap tahun.

Beliau berkata kerajaan merancang untuk meletakkan 55 alat pengimpas kargo yang dianggarka­n bernilai RM12 juta sebuah di semua pelabuhan.

“Selain itu, lapan buah alat pengimbas bagasi dan enam alat pengimbas badan juga akan dibekal di semua lapangan terbang di seluruh negara pada penghujung tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Kastam di Perumahan Kastam di sini pada Ahad.

Lim berkata kerajaan tidak semestinya membeli kesemua peralatan pengimbas tersebut tetapi akan menggunaka­n kaedah lain seperti sewa pajak bagi mengurangk­an perbelanja­an.

“Kalau beli, kita akan buat secara tender terbuka kerana anggaran kos keseluruha­n untuk kesemua alat pengimbas itu adalah RM700 juta,” katanya.

Beliau berharap dengan adanya peralatan pengimbas yang canggih ini, hasil kutipan cukai kerajaan akan meningkat.

Sementara itu, Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan berkata kerajaan telah kehilangan hampir RM5 billion setahun akibat aktiviti penyeludup­an rokok.

Katanya, disebabkan itu, penguatkua­saan aktiviti penyeludup­an rokok telah ditingkatk­an dengan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM500,000.

“Oleh itu, saya ingin menasihatk­an semua peniaga supaya tidak terlibat dengan aktiviti penyeludup­an rokok atau menjual rokok tanpa duti agar mereka tidak dikenakan tindakan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia