Utusan Borneo (Sabah)

Aplikasi My Online Pasport masih kurang sambutan

-

BESUT: Permohonan pasport secara aplikasi dalam talian My Online Passport yang mula diperkenal­kan Jabatan Imigresen tahun lalu khusus bagi memperbaha­rui pasport antarabang­sa masih kurang mendapat sambutan di kalangan rakyat negara ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata sehingga Dis ini, pihaknya hanya menerima lebih 10,000 permohonan berbanding jumlah keseluruha­n permohonan memperbaha­rui dan membuat pasport kira-kira 2.5 juta permohonan setahun atau 200,000 sebulan.

“Sebab itu, kita ingin mendidik masyarakat supaya menggunaka­n aplikasi berkenaan meskipun mengambil masa tiga hari untuk disiapkan tetapi ia boleh mengurangk­an kesesakan di pejabatpej­abat Imigresen terutama pada musim cuti sekolah.

“Yang lebih penting, para pelanggan hanya perlu datang ke pejabat serahan setelah verifikasi pasport siap dalam masa 10 hingga 15 minit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Pengeluar Pasport Imigresen Cawangan Besut, di Kampung Raja, di sini pada Ahad.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Keselamata­n dan Pasport Jabatan Imigresen, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Pengarah Imigresen Terengganu Rahim Hanaffi.

Jabatan Imigresen mula memperkena­lkan aplikasi ini sejak Sept tahun lalu dan membenarka­n pelanggan membuat bayaran pembaharua­n pasport menerusi kad kredit dan pindahan akaun bank.

Mustafar dalam pada itu berharap agar lebih ramai rakyat menggunaka­n kemudahan itu kerana ia antara perkhidmat­an terbaru yang diwujudkan bagi memudahkan pelanggan memperbaha­rui pasport berbanding cara konvension­al.

“Kita ingin ia disebarlua­skan kerana masih ramai yang tidak tahu, termasuk pegawai kerajaan, mengenai kewujudan aplikasi ini yang memudahkan masyarakat,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia