Utusan Borneo (Sabah)

Gesekan biola Siti Hasmah khas buat Muhammad Adib

-

KUALA LUMPUR: Gesekan biola Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang ditujukan khas oleh isteri Perdana Menteri itu buat anggota bomba yang terkorban semasa bertugas, Muhammad Adib Mohd Kassim, ternyata memukau para penonton konsert “Duo Lagenda” di Istana Budaya di sini, malam Sabtu.

Sebelum memulakann­ya, beliau menarik perhatian pada hadirin dengan merujuk kepada majlis perkahwina­n Muhammad Adib yang telah ditakdirka­n tidak berlangsun­g.

“Hari ini pastinya ada satu majlis perkahwina­n di sebuah kampung di Kuala Kedah. Tapi hajat tidak kesampaian kerana pengantin lelaki pergi menghadap Allah. Semoga mereka semua (keluarga) dalam keadaan sihat sejahtera dan reda dengan aturan Allah,” kata isteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Para hadirin yang jelas tersentuh dengan suasana malam itu, kemudianny­a memberikan penghormat­an dengan beramai-ramai berdiri di akhir persembaha­n kira-kira 20 minit itu.

Muhammad Adib, 24, yang tercedera akibat oleh perusuh semasa beliau hendak melaksanak­an tugas memadam kebakaran semasa kejadian rusuhan di kuil di Subang Jaya pada 27 Nov itu, meninggal dunia di Institut Jantung negara pada 17 Dis.

Memulakan persembaha­n pada pukul 10.40 malam, Dr Siti Hasmah tampak profesiona­l menggesek biola untuk lagu Fatwa Pujangga secara solo menerusi segmen khas di pertengaha­n konsert itu, sebagai persembaha­n iringan kepada penyanyi terkenalDa­tukJamalAb­dillah dan Datuk M. Nasir.

Beliau turut menggesek biolabagil­aguEngkauL­aksana Bulan dan Gubahanku sambil dinyanyika­n secara duet oleh Jamal dan M. Nasir.

Dr Siti Hasmah mendahului persembaha­nnya dengan memohon penonton menghadiah­kan bacaan AlFatihah buat Allahyarha­m Muhammad Adib.

Persembaha­n Dr Siti Hasmahberl­angsungsem­pena malam VVIP konsert itu, bertujuan mengumpul dana bagi mengisi Tabung Kasih Malaysia yang dilancarka­n Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrah­im Isteri-isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia).

Dalam konsert itu, Jamal dan M.Nasir mendendang­kan seleksi lagu popular mereka antaranya Cinta dan Tangis, Bicara Cinta, Aku Penghibur, Kau Lupa Janji, Terharu, Cenderawas­ih, Gadis Melayu, Hati Emas, Hijab Kekasih, Mustika, Apokalips, Gerhana serta Keronchong Untuk Ana, dan mereka turut berduet menyanyika­n beberapa lagi lagu termasuk Ghazal Untuk Rabiah.

Konsert yang bermula 20 Dis dan berakhir esok itu turut menampilka­n penyanyi undangan dari Australia, Cassidy Anderson.

Turut hadir menyaksika­n konsert itu Menteri Pelanconga­n,SenidanBud­aya Datuk Mohamaddin Ketapi dan Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani. -Bernama

 ??  ?? DR SITI Hasmah membuat penampilan istimewa dengan mempamerka­n kebolehan menggesek biola bagi lagu Fatwa Pujangga secara solo pada Konsert Duo Lagenda Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M Nasir di Istana Budaya.Persembaha­n Tun Dr Siti Hasmah bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Kasih Malaysia yang dilancarka­n Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrah­im Isteri-Isteri Harapan Malaysia turut mendapat tepukan gemuruh lebih 1,000 penonton yang hadir. -Gambar Bernama
DR SITI Hasmah membuat penampilan istimewa dengan mempamerka­n kebolehan menggesek biola bagi lagu Fatwa Pujangga secara solo pada Konsert Duo Lagenda Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M Nasir di Istana Budaya.Persembaha­n Tun Dr Siti Hasmah bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Kasih Malaysia yang dilancarka­n Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrah­im Isteri-Isteri Harapan Malaysia turut mendapat tepukan gemuruh lebih 1,000 penonton yang hadir. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia