Utusan Borneo (Sabah)

STAR terus berjuang tuntut kembali hak Sarawak di bawah MA63: Lina

-

MIRI: Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) akan meneruskan perjuangan untuk mendapatka­n semula hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presidenny­a Lina Soo berkata, ia termasuk tanggungja­wab menuntut hak ke atas minyak dan gas seperti yang tertulis dalam MA63.

“STAR menyokong pendirian kerajaan Sarawak tidak mengiktira­f Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 kerana ia hanya sah di Semenanjun­g Malaysia,” katanya di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, Sarawak tidak pernah bersetuju dengan PDA yang diluluskan oleh Parlimen, namun akan menguatkua­sakan Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958.

“Sarawak mempunyai perlindung­an dalam MA63 dan kita tetap mahu semua hak milik Sarawak dikembalik­an kepada asal termasuk sumber minyak,” tegasnya.

Menurutnya, Sarawak adalah pemilik sah sumber minyak dan gas dan sudah tiba masanya rakyat Sarawak bangkit dan menghentik­an eksploitas­i terhadap sumber ini oleh pihak luar.

Terdahulu, Lina bersama ahli STAR Miri meraikan sambutan ulang tahun telaga minyak pertama di Malaysia iaitu Grand Old Lady yang telah berusia 108 tahun.

Grand Old Lady mula digerudi pada 10 Ogos hingga selesai pada 22 Disember 1910 serta ditutup operasinya pada 31 Oktober 1972.

Anggaran pengeluara­n sumber asli itu ialah 80 juta tong pada kedalaman 452 kaki.

Lina berkata, tidak ramai penduduk Miri memperinga­ti tarikh keramat 22 Disember ini meskipun bandar Miri sendiri dikenali sebagai bandar minyak.

“Hari ini (semalam) kita meraikan sambutan ulang tahun Grand Old Lady yang telah berusia 108 tahun dan tarikh ini perlu diingati setiap warga Miri,” ujarnya.

Hadir sama aktivis sosial Fong Fau Teck.

 ??  ?? LINA bersama ahli STAR memotong kek sempena memperinga­ti ulang tahun Grand Old Lady ke-108 di Bukit Kanada.
LINA bersama ahli STAR memotong kek sempena memperinga­ti ulang tahun Grand Old Lady ke-108 di Bukit Kanada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia