Utusan Borneo (Sabah)

‘Macau Scam’ perdaya pekerja kedai buku

Mangsa kerugian RM50,400 dalam kejadian antara 7 dan 17 Disember lalu: Mustafa

-

BINTULU: Seorang pekerja kedai buku di sini kerugian RM50,400 setelah menjadi mangsa penipuan sindiket ‘Macau Scam’ dalam kejadian antara 7 dan 17 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Ghani berkata, laporan polis berhubung kejadian itu diterima pada 21 Disember.

Katanya, mangsa seorang lelaki berumur 34 tahun yang merupakan pekerja kedai buku di sini pada mulanya menerima panggilan

Ketua JSJK Sarawak

telefon pada 7 Disember daripada seorang wanita yang memperkena­lkan diri sebagai ‘Cindy Wong’ kononnya dari Jabatan Kastam Pulau Pinang.

“Wanita itu mengatakan kedai mangsa ada berhutang GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an) sebanyak RM51,076 tetapi mangsa menafikann­ya,”ujarnyadal­am kenyataan pada Jumaat.

Kemudian katanya, talian telefon disambungk­an kepada IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Pulau Pinang dan mangsa telah bercakap seseorang yang memperkena­lkan dirinya sebagai ‘Sarjan Liew.’

“Mangsa mengatakan syarikat tersebut bukan miliknya, tetapi Sarjan Liew memberitah­u mangsa terlibat dengan kes dadah dan rakan kongsi bersama ‘Ong’ yang telah ditangkap,” ujarnya.

Beliau berkata, mangsa mendakwa diminta untuk mengeluark­an wang sebanyak RM500,000 untuk menyelesai­kan kes ‘Ong’ dan mangsa telah diarahkan untuk mencari wang bagi menyelesai­kan kes itu dengan memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan Sarjan Liew.

Seterusnya katanya, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM50,400 melalui empat kali transaksi ke dalam tiga akaun bank berbeza mulai 7 Disember hingga 17 Disember 2018.

“Setelah wang dimasukkan, mangsa diminta merahsiaka­n perkara itu dan diarah agar tidak memberitah­u sesiapa,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, mangsa akhirnya menyedari dirinya ditipu, malah menurut majikan mangsa, semakan melalui Google ke atas nombor telefon itu mendapati ia tersenarai dalam senarai nombor penipuan.

“Wanita itu mengatakan kedai mangsa ada berhutang GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an) sebanyak RM51,076 tetapi mangsa menafikann­ya. SUPERINTEN­DEN MUSTAFA KAMAL GHANI

 ??  ?? MUSTAFA
MUSTAFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia