Utusan Borneo (Sabah)

Misteri panggilan tidak dijawab rungkai kematian wanita warga emas

-

MIRI: Misteri panggilan tidak dijawab oleh pasangan warga emas terungkai apabila seorang wanita ditemui mati dalam tandas dengan keadaan terbaring di atas mangkuk tandas di sebuah rumah di Taman Delight di sini, lewat petang Sabtu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam berhubung kes itu pada jam 6.06 petang.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri kemudianny­a bergegas ke lokasi kejadian.

“Pada mulanya, operasi ini adalah khidmat khas memecahkan tombol pintu rumah setelah menerima aduan orang ramai bahawa penghuni rumah tidak menjawab panggilan jiran,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Sabtu.

Anggota bomba kemudianny­a memecahkan tombol pintu sehingga pintu berjaya dibuka bersama menantu mangsa lalu membuat pemeriksaa­n di dalam rumah.

“Pemeriksaa­n menjumpai seorang wanita warga emas dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tandas utama dengan keadaan terbaring di atas mangkuk tandas.

“Pasukanbom­baterusmem­aklumkan kepada polis dan pihak hospital yang berada di lokasi kejadian dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya.

Law berkata, mangsa yang maut itu dikenali sebagai Lai Lin Mui berusia 68 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia