Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut depan anak

Motosikal mereka merempuh belakang lori sampah dalam kemalangan maut di KM4 Jalan Kubong, Limbang

-

LIMBANG: Perjalanan awal pagi bersama anak lelakinya menjadi yang terakhir buat seorang lelaki apabila maut selepas motosikal yang ditunggang­i mereka merempuh sebuah lori sampah dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Kubong ketika hujan lebat di sini, awal pagi Sabtu.

Mangsa, Ho Ming Hao, 33, dari Jalan Kubong yang juga penunggang motosikal maut di tempat kejadian, manakala anaknya Steven Ho, 15, yang membonceng motosikal cedera ringan dalam kejadian sekitar jam 2.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, kemalangan maut itu melibatkan sebuah lori sampah dan sebuah motosikal jenis skuter yang ditunggang­i mangsa dan anak lelakinya.

“Ketika kejadian, motosikal yang dalam perjalanan dari arah bandar Limbang ke Jalan Kubong merempuh belakang lori sampah yang sedang berhenti untuk mengutip sampah di Kilometer 4 Jalan Kubong.

“Akibat pelanggara­n itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu lori sampah berusia 48 tahun dari Rumah Aping Batu Riau Lubai Limbang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, pada Sabtu.

Mohd Bukhori berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Limbang untuk bedah siasat, manakala anaknya yang mengalami kecederaan ringan dirawat di hospital sama.

Kes itu jelasnya akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? KEADAAN di lokasi kemalangan di Kilometer 4 Jalan Kubong, Limbang pagi Sabtu.
KEADAAN di lokasi kemalangan di Kilometer 4 Jalan Kubong, Limbang pagi Sabtu.
 ??  ?? HO MING HAO
HO MING HAO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia