Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa Pendidikan Nangka kekal, tambah baik program tahun depan

-

SIBU: Jawatankua­sa Pendidikan Nangka di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka akan mengekalka­n beberapa program pendidikan yang telah dijalankan selama ini di samping menambahba­ik program lain pada tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nangka Dr Annuar Rapa’ee berkata, antara program pendidikan yang akan ditambah baik termasuk program Laman Ilmu di mana pelaksanaa­n program akan diperluask­an kepada lima tempat pada tahun depan.

Menurutnya, sebelum ini program Laman Ilmu dijalankan di dua tempat iaitu Masjid An-Nur Sibu dan Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sibu.

“Tahun depan kita akan menambah tiga lagi tempat pelaksanaa­nnya iaitu SK Bandaran Sibu No.3, SK Ulu Sungai Merah dan SK Kampung Bahagia Jaya.

“Ini akan menjadikan lima tempat penganjura­n program Laman Ilmu yang dibuka kepada semua murid Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk seramai 310 murid di 10 sekolah rendah di DUN Nangka,” jelasnya.

Dr Annuar berkata demikian pada Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang UPSR 2018 Sekolah-Sekolah Kebangsaan DUN Nangka di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) di sini pada Sabtu.

Pada majlis tersebut, seramai 18 murid memperoleh­i keputusan 6A dan 22 lagi mendapat 5A dalam UPSR 2018 telah menerima insentif masingmasi­ng.

Selain itu, Dr Annuar berkata, mereka juga akan mengadakan program tuisyen khas untuk para Tahun 4 dan Tahun 5.

“Kita berpendapa­t bahawa mereka ini harus diberi tumpuan awal untuk pelajar yang lemah dalam matapelaja­ran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains,” ujarnya.

Dr Annuar memberitah­u, mereka akan mengekalka­n pelaksanaa­n program kelas malam di 23 buah rumah panjang yang dijalankan selama empat malam dalam seminggu.

“Program KLIK SPM juga akan dikekalkan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 bagi menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama 10 minggu. Ini adalah untuk memastikan anak-anak kita berjaya di Tingkatan 5,” katanya.

Beliau juga berhasrat untuk memperkena­lkan perkhidmat­an tuisyen bergerak percuma yang dikenali sebagai ‘Tuition On Wheels’ dengan melibatkan guru-guru yang telah bersara untuk bergerak ke beberapa lokasi menggunaka­n van untuk mengadakan kelas tambahan.

“Menerusi program ini kita akan pergi ke lokasi ‘hotspot’ termasuk di tempat-tempat kampung yang mempunyai masalah sosial dan masalah prestasi pelajar yang tidak baik,” jelasnya.

Hadir sama ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Goh Yee Chung.

 ??  ?? DR Annuar (dua kanan) menyampaik­an insentif kepada adik Vellarry Meling dari SK Batu 10 yang memperoleh­i keputusan 6A.
DR Annuar (dua kanan) menyampaik­an insentif kepada adik Vellarry Meling dari SK Batu 10 yang memperoleh­i keputusan 6A.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia