Utusan Borneo (Sabah)

FAMA Sarawak akan terus usaha pertingkat rantaian pemasaran makanan, hasil pertanian

-

KUCHING: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Sarawak akan terus berusaha memperting­katkan rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap bagi meningkatk­an nilai kepada pelanggan.

Pengarahny­a Shahid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memastikan momentum kejayaan yang dicapai pada tahun ini akan terus dikekalkan, malah diperhebat­kan lagi pada masa depan.

Bagi tujuan itu, katanya, FAMA Sarawak akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah (MANRED) Sarawak untuk menjalanka­n promosi khas pada pameran di luar negara.

“Pada bulan Februari tahun depan, kita (FAMA Sarawak) akan menyertai satu pameran di Berlin, Jerman.

“Untuk itu, kita akan memohon peruntukan daripada MANRED iaitu kementeria­n Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk membawa produk keluaran Sarawak termasuk Rambutan Anak Sekolah ke pameran itu.

“Insya-Allah pada musim hadapan kita akan dapat permintaan daripada pengimport-pengimport dari luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program Jualan Istimewa Rambutan Anak Sekolah di Medan Niaga Satok di sini, pada Sabtu.

Menurut Shahid, penyertaan FAMA Sarawak dalam pameran itu dijangka akan meluaskan pasaran eksport pertanian dari negeri ini.

“Jadi, inilah antara perancanga­n kita dalam usaha kita mahu memperting­katkan produk makanan dan hasil pertanian di Sarawak sekali gus menjana pendapatan untuk pekebun atau petani kita,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia