Utusan Borneo (Sabah)

Belanjawan disemak semula jika harga minyak susut bawah AS$50

Selagi harga purata masih melepasi AS$50 setong, tidak perlu semak

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan hanya akan menyemak Belanjawan 2019 jika harga minyak mentah susut kurang daripada AS$50 setong, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Kementeria­n Kewangan menyediaka­n belanjawan berasaskan harga minyak mentah pada AS$70 setong.

Lim berkata, tidak ada keperluan untuk menyemak semula belanjawan memandangk­an kerajaan sedang meneliti harga purata minyak mentah dan bukan berdasarka­n harga harian.

“Sebelum ini semasa harga minyak meningkat daripada AS$52 setong kepada AS$72 setong, kerajaan tidak menyemakbe­lanjawan,begitu juga semasa ia turun daripada AS$72 setong kepada AS$52 setong ketika ini.

“Kerajaan hanya akan menimbang untuk menyemak belanjawan jika harga minyak mentah merosot bawah AS$50 setong,” katanya kepada pemberita selepas ‘Occupy Beach Street Christmas Run’ di sini semalam.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan bagaimanap­un berkata pasaran agak tidak menentu pada masa ini walaupun penganalis­is masih positif bahawa harga purata minyak mentah boleh mencecah AS$70 setong.

“Anda tahu bila Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat) bercakap mengenai sesuatu perkara, ini akan menjejaska­n harga (minyak mentah).

“Buat masa ini, selagi harga purata masih melepasi AS$50 setong, tidak perlu menyemak semula, namun kerajaan akan memantau harga dan melihat pergerakan­nya tahun depan,” katanya.

Harga minyak merosot ke paras terendah dalam tempoh setahun Selasa lepas, turun antara empat dan tujuh peratus sepanjang minggu lepas, diheret turun oleh kelembapan ekonomi dunia, selain kebimbanga­n terhadap lebihan bekalan dalam pasaran minyak.

West Texas Intermedia­te (WTI) turun di bawah AS$47 setong manakala Brent susut ke paras AS$56.

Punca kemerosota­n mengejut itu disumbangk­an oleh pelbagai faktor.

Peningkata­n inventori minyak mentah selain unjuran pengeluara­n minyak syal menjejaska­n harga minyak, namun kejatuhan harga diburukkan lagi oleh jualan secara menyeluruh dalam sektor kewangan.- Bernama

 ??  ?? LIM
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia