Utusan Borneo (Sabah)

MOA galak pengusaha daging tempatan jalin usaha sama dengan pelabur asing

-

GEMAS: Kerajaan akan menggalakk­an pengusaha daging tempatan menjalin usaha sama dengan pelabur asing bagi memastikan bekalan daging dalam negara dapat dipertingk­atkan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, ini merupakan antara perkara utama yang digariskan di bawah hala tuju baharu MOA yang dijangka dilancarka­n awal tahun hadapan.

“Hala tuju baharu ini dirancang untuk membantu kementeria­n, jabatan dan agensi memastikan semua pemain dalam sektor pertanian dipertingk­atkan.

“Hasrat saya untuk memastikan bekalan makanan cukup (untuk keperluan rakyat),” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Karnival Mega Agro Parlimen Tampin di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom dan Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir.

Salahuddin berkata, buat masa ini bekalan daging daripada pengusaha tempatan hanya sekitar 24 peratus daripada keperluan pasaran dan selebihnya diimport.

“Saya akan menggalakk­an pelaburan asing adakan usaha sama dengan pemain tempatan supaya industri daging dapat bergerak dengan pantas.

“Ia adalah sesuatu yang tidak baik untuk mengimport dengan jumlah yang besar berbanding usaha sama di antara pemain tempatan dan pelabur asing,” katanya.

Salahuddin berkata, kerajaan juga akan memastikan produk pertanian khususnya yang melibatkan penanam padi dan semua sektor pertanian dapat ditingkatk­an bagi meningkatk­an pendapatan isi rumah golongan petani di negara ini.

“Makanan ruji adalah beras, untuk itu kita perlu memperting­katkan industri padi dan beras negara supaya bekalan beras cukup sama ada di waktu aman atau cemas,” katanya.

Selain itu MOA juga menyasarka­n pengeluara­n buah-buahan dan sayur-sayuran dapat dipertingk­at dan berkualiti untuk dieksport, serta berharap hasil tangkapan laut juga dapat diperbanya­kkan tanpa berlaku penyelewen­gan bagi memastikan rakyat dapat membeli hasil laut dengan harga berpatutan.Bernama

 ??  ?? SALAHUDDIN melawat gerai pelbagai produk cendawan sempena Pelancaran Karnival Mega Agro Parlimen Tampin @ Gemas, pada Ahad. -Gambar Bernama
SALAHUDDIN melawat gerai pelbagai produk cendawan sempena Pelancaran Karnival Mega Agro Parlimen Tampin @ Gemas, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia