Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia kekal pasaran pesat membangun pilihan pelabur

-

KUALA LUMPUR: Malaysia masih pasaran pesat membangun pilihan pelabur, walaupun kadar aliran masuk bersih asing yang kini perlahan, kata seorang ahli akademik.

Geostrateg­is Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Azmi Hassan, berkata pada 2019 MIDF Amanah Investment Bank Bhd mendapati Malaysia mencatatka­n kadar pengaliran wang keluar kedua terendah daripada tujuh negara di Asia yang dipantauny­a.

“Saya cukup yakin terhadap ekonomi Malaysia pada 2019 walaupun dengan aliran masuk bersih pelabur asing yang tidak begitu baik berbanding enam negara lain,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata aliran keluar semasa yang berterusan berkait rapat dengan keyakinan pelabur asing, terutama dipengaruh oleh perkembang­an negatif luaran semasa.

“Saya percaya faktor-faktor tempatan seperti dasar fiskal kerajaan Pakatan Harapan, isu kewangan Tabung Haji dan Felda, memainpera­nandalamme­nentukan sentimen pelabur asing, namun faktor luar yang di luar kawalan, turut memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan sama ada pelabur asing mahu melabur di Malaysia,” kata Azmi.

Beliau berkata isu seperti Brexit, perang perdaganga­n AS-China dan penguncupa­n KDNK Jepun memain peranan yang lebih besar berbanding isu-isu tempatan.

Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pemacu utama minggu ini tidak lain daripada pengumuman Fed mengenai keputusan kadar faedah dengan dua kenaikan kadar lebih tinggi kemungkina­n berlaku pada tahun depan berdasarka­n unjuran ahli Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Rizab Persekutua­n itu.

“Ini bermakna Kadar Dana Persekutua­n semakin mendekati kadar neutralnya - kadar yang tidak menguncup dan mengembang. Ini melibatkan prospek pertumbuha­n yang lebih perlahan di AS kurangnya masa untuk mengambil tindakan dalam mengetatka­n dasar monetari yang mampu memberi impak ke atas ekonomi,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata wujud juga kemungkina­n bahawa keluk hasil Perbendaha­raan AS akan menurun pada satu tahap dalam tempoh terdekat memandangk­an lengkung seperti tiga bulan dan dua tahun sangat responsif terhadap kenaikan kadar faedah. Oleh itu, risiko perdaganga­n dapat diatasi.

“Kedudukan ini tidak akan banyak berbeza minggu pada minggu depan memandangk­an pasaran sangat bergantung kepada data. Mungkin aktiviti memperelok akaun yang akan berlaku dapat membantu menyokong pasaran menjelang 2018,” kata Mohd Afzanizam.

Sementara itu, Pensyarah Kanan dan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata sentimen pasaran kekal lemah, terutama disebabkan oleh faktor global seperti keputusan Rizab Persekutua­n AS menaikkan kadar faedah pada Rabu dan mengekalka­n sebahagian besar panduan untuk kenaikan tambahan dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Harga minyak mentah juga jatuh dan mencecah paras terendah dalam tempoh lebih setahun disebabkan oleh kebimbanga­n mengenai penawaran berlebihan dan prospek permintaan tenaga.

“Ringgit kekal lemah dan bergerak mendatar menghampir­i 4.20 dengan kadar terkini pada 4.18. Sentimen pasaran tempatan ini dijangkaka­n kekal sehingga hujung tahun memandangk­an ramai yang kini dalam suasana bercuti,” kata Ahmed Razman.

Sementara itu, Ketua Perdaganga­nOANDAAsia-Pasifik, Stephen Innes berkata aliran masuk dana asing dijangka perlahan minggu depan memandangk­an pelabur kini memberi perhatian ke atas pasaran ekuiti global dan tempatan yang lemah yang menyebabka­n aliran keluar minggu ini.

“Pada masa ini, para pelabur enggan memasuki pasaran dan menunggu peluang untuk memberi semasa harga rendah.

“Dengan penurunan harga minyak dan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n AS pada hari Rabu sebanyak 0.25 mata, menyebabka­n pasaran ekuiti AS terus merosot, yang mengheret turun saham Asia,” katanya.

Innes berkata sepanjang minggu ini, prestasi ringgit telah banyak terjejas oleh kejatuhan harga minyak serta sentimen risiko serantau.

Pada awal minggu ini, petunjuk minyak mentah Brent berada pada AS$60.25 setong dan berkuranga­n kepada AS$54.88 pada Jumaat.

“Ini merupakan minggu yang memperliha­tkanringgi­tbercampur­campur, tengah-tengah rayuan Asia FX dan diheret turun oleh sentimen risiko kebimbanga­n kejatuhan harga minyak,” katanya.

Innes juga berkata peningkata­n ketegangan perdaganga­n antara pentadbira­n Trump dan China melalui perdaganga­n terus, memberi impak ke atas negaranega­ra perdaganga­n.

“Sekiranya negara yang terjejas terus bergantung kepada keadaan kerana ia lebih baik tanpa mengambil langkah-langkah konkrit, kebimbanga­n ini akan terus berkembang,” katanya.

Selain harga minyak, ringgit juga terjejas oleh prestasi eksport komoditi seperti minyak sawit dan getah.

“Ringgit terlalu bergantung kepada minyak dan eksport komoditi. Jika sentimen keduaduany­a positif, ringgit akan memperoleh dorongan positif,” katanya.

Menurut kajian oleh penyelidik kargo, Intertek Testing Services, eksport produk minak sawit Malaysia dari 1 hingga 20 Dis, meningkat 2.9 peratus kepada 808,061 tan berbanding 785,493 tan yang dieksport antara 1 hingga 20 Nov, katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia