Utusan Borneo (Sabah)

Lapan finalis berentap pada pentas akhir CLaPT

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

LAPAN finalis bakal berentap pada pentas akhir Carta Lagu Artis Pantai Timur (CLaPT) musim kedua terbitan Sandakanfm pada 29 Disember ini di Dewan Sekolah Menengah Yu Yuan Sandakan.

Penerbitny­a Maznan Yunus berkata, finalis yang bakal bersaing akan membawakan lagu masing-masing yang mana enam lagu secara solo dan dua lagu lagi secara berkumpula­n.

Penyanyi solo termasuk Hexsoon dengan lagu berjudul Bikin Sakit Kepala; Norlizah (Demi Cinta); Rezu Hayr (Kembali); Dinnie P6J (Lafaz Cinta); Syamira P6J (Pergi Tanpa Pesan); dan Norman P6J (Suara Hatiku).

Sementara, dua kumpulan itu terdiri daripada Four Element menerusi lagu berjudul Maafkan Kami dan Das Acoustica dengan lagu berjudul Pernah.

Maznan berkata, selain gelaran juara, beberapa kategori lain turut dipertandi­ngkan antaranya lirik terbaik, persembaha­n terbaik serta undian lagu paling popular.

“Undian lagu popular kini boleh dibuat dengan menekan butang ‘like’ atau ‘suka’ pada gambar finalis menerusi laman Facebook Sandakanfm.

CLaPT yang diilhamkan Sandakanfm bersama Persatuan Pemuzik Sandakan (PSS) merupakan platform untuk penggiat seni suara dan muzik tempatan Sabah ke arah memperkasa­kan kesenian yang lebih berdaya maju agar dapat bersaing secara sihat dalam menyumbang karya untuk tanah air.

“Penganjura­n program ini juga sebagai medium untuk melahirkan lebih ramai artis kelahiran negeri ini selain merancakka­n lagi industri seni tempatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Maznan berkata RTM selama ini terbukti telah melahirkan ramai artis di persada muzik tanah air.

Justeru, katanya, Sandakanfm turut mengambil langkah untuk membantu menaikkan industri dan penggiat muzik khususnya di pantai timur Sabah agar dapat menjana mereka menjadi artis yang lebih berkualiti setanding artis yang ternama.

CLaPT bukan sahaja menerima pencalonan dari Sandakan malah seluruh pantai timur sehingga ke daerah Tawau.

Pertanding­an akhir CLaPT musim kedua ini mendapat tajaan daripada SS Event Management dan penaja bersama CT Group Resources and Event Management Sdn Bhd dengan kerjasama Generasi Studio, Chromatic Studio dan Kaki Photo.

Orang ramai dipelawa hadir untuk sama-sama menyaksika­n pertanding­an akhir itu bermula jam 8 malam dan akan diacarakan oleh dua juruhebah Sandakanfm iaitu Dj Wan Hidzwah Ahmat dan Dj Shaff.

 ??  ?? DAS Acoustica
DAS Acoustica
 ??  ?? FOUR Element
FOUR Element
 ??  ?? REZU
REZU
 ??  ?? SYAMIRA
SYAMIRA
 ??  ?? HEXSOON
HEXSOON
 ??  ?? DINNIE
DINNIE
 ??  ?? NORLIZAH
NORLIZAH
 ??  ?? NORMAN
NORMAN
 ??  ?? MAZNAN
MAZNAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia