Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Tahun Baharu Cina lebih meriah bersama CNY So Happy

-

TAHUKAH anda bahawa zodiak Cina mempunyai kitaran 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan? Secara tradisi, zodiak Cina bermula dengan bintang tikus dan diakhiri dengan bintang khinzir.

Pada tahun hadapan, kaum Cina seluruh dunia bakal menyambut Tahun Baharu Cina yang juga tahun penamat kepada kitaran 12 tahun ini.

Bagi edisi tahun 2019, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad menerusi saluran 8TV bergabung tenaga dengan rakan-rakan media seperti portal video tonton, CJ Wow Shop, Viralcham, Rojaklah serta TTN untuk menjayakan kempen dan juga album Tahun Baharu Cina 2019 iaitu CNY So Happy.

Berlangsun­g di Paradigm Mall Boulevard, Petaling Jaya baru-baru ini, majlis pelancaran kempen dan album CNY So Happy dihadiri oleh barisan selebriti seperti Henley Hii, Orange, Jordan, Emily, Haoren, Pauline Tan, Rickman dan Natalie selaku lapan orang ‘Buddies’ yang terpilih untuk menjadi wajah kempen kali ini.

Selebriti-selebriti lain seperti Gary Yap, Jan, Ley Teng, Desmond serta penyanyi Cina tempatan terkenal iaitu John Wee juga turun padang untuk memeriahka­n lagi aktiviti sepanjang majlis ini.

Menurut Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Sudah menjadi satu tradisi untuk membawa buah tangan ketika melawat sanak-saudara dan rakan-rakan pada setiap musim perayaan. Tema kempen Tahun Baharu Cina akan datang iaitu CNY So Happy ini membawakan tema ‘memberi’, di mana kita ingin menyampaik­an mesej agar sentiasa ingat untuk memberi sesuatu dengan hati yang ikhlas. Tidak kira murah atau mahal, harga sesuatu barangan yang ingin diberi bukanlah ukuran tahap keikhlasan seseorang. Apa yang penting adalah kita harus sentiasa ingat untuk mendoakan agar insan tersayang akan hidup sejahtera dan bahagia sepanjang tahun.”

“Kami juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada penaja-penaja kami iaitu Loreal, Nivea, Tesco, Kinohimits­u, Maggi, Jasmine Rice, Lam Soon, A1 Dragon Horse Brand, Quill City Mall KL dan Somersby yang sudi memberi sokongan untuk kempen ini,” katanya.

Tambah Johan lagi, “Seiring dengan itu, kami turut menerbitka­n sebuah album lagu yang dinamakan bersempena dengan kempen ini iatu CNY So Happy, di mana ia memuatkan empat buah lagu dan satu video muzik bertemakan Tahun Baharu Cina yang pastinya akan menjadi siulan orang ramai. Tidak ketinggala­n, dua maskot baharu, Da Ji & Da Li, turut diperkenal­kan buat pertama kali bagi menyemarak­kan lagi perayaan akan datang.”

Single utama bagi album ini berjudul CNY So Happy dan dinyanyika­n oleh lapan ‘Buddies’ yang terdiri daripada Henley, Orange, Jordan, Emily, Haoren, Pauline Tan, Rickman dan Natalie. Komposer terkenal, Athena Beh pula bertanggun­gjawab dalam menggubah lagu ini yang menekankan adat memberi.

Album lagu CNY So Happy ini turut membariska­n beberapa selebriti, personalit­i 8TV, dan penyanyi terkenal antaranya ‘Ticket To Home’ yang dinyanyika­n oleh Gary, Jan, Lynn, Wind, Desmond, Chrystina, Wilson & Sherlyn; ‘Good Times Together’ dinyanyika­n bekas juara program Superstar John Wee, Henley Hii & Orange); dan ‘Singing in the Spring 2019’ di mana lagu tema telemovie ‘Singing in the Spring’ yang telah diberikan nafas baharu, dan dinyanyika­n oleh Haoren, Orange, Rickman, Emily, Jordan, Sherlyn, Aye Keng, Jacky & Eric.

Di samping itu, kesemua Buddies ini juga turut membintang­i filem pendek istimewa Tahun Baharu Cina bertajuk ‘CNY So Happy’ yang berkisarka­n tema kempen tahun ini.

Filem pendek yang diterajui oleh See Chee How sebagai penerbit eksekutif ini dapat disaksikan dahulu di portal video tonton pada awal bulan Januari 2019, kemudian disiarkan di saluran 8TV.

Kempen ini akan disemarakk­an oleh Trak CNY So Happy yang akan menjelajah ke seluruh Semenanjun­g Malaysia bermula 5 Januari 2019, termasuk CNY Grand Bazaar yang akan diadakan di KL Sports City, Bukit Jalil bermula dari 13 Januari sehingga 31 Januari.

Bagi mereka yang ingin membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, jangan ketinggala­n untuk berkunjung ke CNY Grand Bazaar yang menawarkan harga barangan yang hebat.

Malah, para pengunjung akan dihiburkan dengan dengan aktiviti-aktiviti menarik termasuk konsert CNY So Happy. Trak CNY So Happy ini juga mengajak orang ramai untuk bermain #TikTokChal­lenge.

Menarik tentang peraduan #cnysohappy TikTok Challenge yang dibawakan khas oleh aplikasi TikTok, sebuah laman media sosial yang merupakan platform untuk menyerlahk­an kreativiti masing-masing dengan menghasilk­an video muzik pendek, anda boleh memuat naik video paling menarik dan kreatif untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai peraduan ini, anda harus memuat turun aplikasi TikTok di gajet terdahulu. Kemudian, cari lagu CNY So Happy dan mulakan permainan. Pastikan akaun yang anda guna adalah akaun sendiri, dan jangan lupa untuk menggunaka­n #cnysohappy. Kongsikan juga video anda di laman media sosial Facebook dan Instagram supaya video anda berjaya dipilih untuk disiarkan di saluran 8TV!

Bukan itu sahaja, barangan eksklusif CNY So Happy juga boleh menjadi milik anda! Semua barangan ini boleh didapati di Kedai Buku Popular dan CD Rama.

Peminat CJ WOW SHOP dalam kalangan masyarakat Cina pula bakal menikmati akses meluas kepada produk gaya hidup dan kelengkapa­n rumah yang inovatif apabila rangkaian beli belah dari rumah ini menambahka­n program bahasa Mandarinny­a pada tahun 2019. Dengan kejutan dan ganjaran istimewa menanti para pelanggan, CJ WOW SHOP juga akan memperkena­lkan beberapa pengacara bahasa Mandarin baharu.

Mereka turut berganding bahu bersama-sama barisan pengacara sedia ada yang telah meraih ramai peminat, termasuk Baki Zainal, Pauline Tan, Gary Yap, Desmond Tey, Kah Chee, Shin Kong dan lain-lain, untuk menjayakan segmen ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my/cnysohappy dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram 8TV iaitu @8TVchinese.

 ??  ?? ALBUM CNY SO HAPPY: (Dari kiri) Jordan, Henley, Rickman, Natalie, Pauline, Orange dan Haoren.
ALBUM CNY SO HAPPY: (Dari kiri) Jordan, Henley, Rickman, Natalie, Pauline, Orange dan Haoren.
 ??  ?? NYANYI: (Dari kiri) Henley, Orange, John.
NYANYI: (Dari kiri) Henley, Orange, John.
 ??  ?? KOLABORASI: (Dari kiri) Gary, Jan, LeyTeng dan Desmond.
KOLABORASI: (Dari kiri) Gary, Jan, LeyTeng dan Desmond.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia