Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Maghribi kesali pembunuhan pelancong Scandinavi­a

-

RABAT: Kumpulan penduduk Maghribi berkumpul kelmarin untuk berkabung bagi dua pelancong Scandinavi­a yang telah dibunuh dengan kejam oleh suspek pelampau di pergununga­n High Atlas.

Beratus-ratus orang memberikan penghormat­an kepada pelajar Denmark Louisa Vesterager Jespersen, 24, dan rakyat Norway berusia 28 tahun Maren Ueland di luar kedutaan negara asal mereka di ibu negara Rabat.

Papan tanda yang diletakkan oleh mereka yang berkumpul bertulis ‘Bersemadia­lah Maren dan Louisa’, ‘Terorisme tiada agama atau bangsa’ dan ‘Minta maaf’.

Satu masa bertafakur selama seminit telah dilakukan dengan kehadiran beberapa diplomat dari Denmark dan Norway.

Di perkampung­an Selama Imlil berhampira­n di mana mayat dua mangsa itu ditemui, beratus-ratus orang memberikan penghormat­an mereka, sementara beberapa orang lagi meletakkan bunga dan menyalakan lilin di bandar hab pelanconga­n Marrakesh.

Pembunuhan kejam itu telah mengejutka­n Maghribi, di mana pelanconga­n adalah tonggak utama ekonomi.

Mayat dua wanita itu ditemui pada Isnin lepas selepas mereka memasang khemah di kawasan pergununga­n terpencil kira-kira dua jam perjalanan dari Imlil.

Salah seorang daripada mereka dipenggal kepalanya, menurut sumber rapat dengan siasatan.

Seramai 13 orang telah ditangkap di sekitar negara berhubung dengan pembunuhan itu yang diklasifik­asikan pihak berkuasa sebagai tindakan pengganas.

Duta Denmark dan Norway ke Maghribi menyatakan ucapan terima kasih kepada orang awam dan pihak berkuasa di negara bagi sokongan dan ucapan takziah mereka. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? RAKYAT Maghribi berhimpun di hadapan kedutaan Denmark di Rabat untuk menyampaik­an takziah dan memohon maaf kepada keluarga kedua-dua mangsa di Rabat, kelmarin. Sepanduk yang dibawa bermaksud ‘Wilayah Casablanca mengirim ucapan takziah mereka kepada keluarga kedua-dua mangsa’. — Gambar Reuters
RAKYAT Maghribi berhimpun di hadapan kedutaan Denmark di Rabat untuk menyampaik­an takziah dan memohon maaf kepada keluarga kedua-dua mangsa di Rabat, kelmarin. Sepanduk yang dibawa bermaksud ‘Wilayah Casablanca mengirim ucapan takziah mereka kepada keluarga kedua-dua mangsa’. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia