Utusan Borneo (Sabah)

Ottawa seru sokongan sekutu bebaskan rakyatnya yang ditahan China

-

MONTREAL: Diplomat kanan di Kanada kelmarin menyeru kepada semua sekutu bagi sokongan dalam memastikan pembebasan rakyat Kanada yang ditahan di China, menyatakan penahanan itu sebagai satu kebiasaan yang membimbang­kan bagi seluruh masyarakat antarabang­sa.

Menteri Hal Ehwal Luar Negara Chrystia Freeland menyatakan penahanan oleh China terhadap bekas diplomat Michael Kovrig dan perunding Michael Spavor bukan hanya isu rakyat Kanada.

“Ia merupakan satu isu yang melibatkan sekutu kami dan kami telah membincang­kannya dengan sangat aktif di kalangan sekutu dan rakan kami di seluruh dunia,” jelas beliau dalam persidanga­n melalui panggilan telefon dengan wartawan.

Freeland melaporkan satu panggilan bagi pembebasan segera dua lelaki terbabit yang telah ditahan dengan sewenangwe­nangnya.

Perdana Menteri Justin Trudeau, yang melakukan kunjungan mengejut ke atas pasukan tentera Kanada yang ditempatka­n di Mali, menyatakan bahawa: “Kami mahu pihak China tahu bahawa penting sekiranya mereka dapat membebaska­n tahanan tersebut.”

“Kami berasa bahawa dengan menghormat­i peraturan undang-undang, menghormat­i hak rakyat dan tahanan adalah amat penting,” perdana menteri itu berkata dalam satu kenyataan disiarkan di televisyen.

Kovrig dan Spavor ditahan pada 10 Disember dan dituduh terlibat dalam aktiviti yang membahayak­an keselamata­n negara China.

Walaupun tiada kaitan rasmi, penahanan tersebut dilihat sebagai tindakan balas terhadap penahanan di Kanada pada 10 Disember terhadap Meng Wanzhou, eksekutif kanan gergasi telekom China Huawei.

Ottawa telah beberapa kali menyatakan penahanan Meng bukan bersifat politik, namun sebahagian daripada proses kehakiman dalam menepati perjanjian ekstradisi dengan Washington.

“Dalam perbualan saya dengan duta China dan dalam perbualan kami dengan pegawai China, pihak pegawai China tidak melakukan secara langsung kaitan tersebut di antara penahanan Meng dan penahanan rakyat Kanada tersebut,” kata Freeland.

“Ia sudah pastinya akan menjadi sangat tidak sesuai untuk terdapatny­a sebarang kaitan.”

Meng telah dibebaskan dengan ikat jamin pada minggu lepas di Vancouver sementara menunggu perbicaraa­n ekstradisi­nya ke Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan penipuan berkaitan dengan urus niaga yang melanggar sekatan dengan Iran.

Freeland menyatakan Meng telah dilayan dengan baik dan telah diberikan akses sepenuhnya semasa proses seperti sesiapa sahaja yang ditahan di Kanada.

Beliau menambah: “Ini adalah satu saat yang sukar dalam hubungan kami dengan China.”

Rakyat Kanada ketiga telah ditangkap di China kerana bekerja secara haram, namun pihak berkuasa Kanada menyatakan kes itu hanya kes visa biasa.

Freeland menyatakan penghargaa­n kepada Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah bagi sokongan mereka, menyatakan Kanada akan terus untuk bekerjasam­a dengan sekutunya bagi mendapatka­n pembebasan rakyatnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia