Utusan Borneo (Sabah)

Budak Kongo dibantu bintang NBA mati selepas pembedahan

-

LOS ANGELES: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun dari Republik Demokratik Kongo yang datang ke Los Angeles dengan bantuan bekas bintang NBA Dikembe Mutombo bagi menjalani pembedahan untuk mengeluark­an tumor dari mukanya telah meninggal dunia.

Mutombo dan yayasannya membantu membawa Matadi Sela Petit dan ayahnya ke Amerika Syarikat pada awal Disember supaya para doktor dapat mengeluark­an ketumbuhan tersebut.

Namun dalam kenyataan Instagram kelmarin pihak yayasan menyatakan budak lelaki itu telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars-Sinai pada malam Jumaat selepas mengalami reaksi terhadap ubat bius semasa pembedahan.

“Yayasan Dikembe Mutombo berasa dukacita untuk berkongsik­an berita mengenai kematian Matadi Sela Petit,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa budak lelaki itu telah menarik perhatian semua orang dengan sikapnya yang terbuka dan peramah sejak ketibaanny­a di Amerika Syarikat.

“Sepanjang pembedahan yang sukar itu, Matadi mengalami reaksi genetik yang ganjil dan tidak dijangkaka­n terhadap ubat bius,” menurut kenyataan itu.

“Di sebalik usaha gigih penjaga perubatann­ya, Matadi tidak dapat dipulihkan dan telah meninggal dunia.”

Mutombo, yang bermain dalam NBA dari 19912009, dilahirkan di Kinshasa dan menubuhkan Yayasan Dikembe Mutombo pada 1997 bagi membantu memperbaik­i kesihatan, pendidikan dan kualiti kehidupan bagi penduduk di Republik Demokratik Kongo.

“(Matadi) adalah seorang perintis, dan ingatan beliau akan menjadi inspirasi kami agar meneruskan untuk membentuk usaha dan perkongsia­n bagi memperbaik­ikehidupan­kanak-kanak di Republik Demokratik Kongo,” Mutombo menyatakan dalam kenyataan tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia