Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan penunjuk perasaan meneruskan demonstras­i buat tiga minggu berturut-turut

-

BELGRADE: Ribuan penunjuk perasaan berarak di bandar utama Belgrade di Serbia kelmarin untuk minggu ketiga berturuttu­rut bagi membantah apa yangmereka­katakanseb­agai satu tindakan melampau oleh pihak kerajaan Presiden Aleksandar Vucic terhadap parti-parti pembangkan­g dan media.

Segelintir melaungkan “Vucic, pencuri” semasa rali terbaharu dalam tunjuk perasaan pembangkan­g pertama yang ketara sejak musim bunga 2017, ketika ribuan golongan belia Belgrade membantah selama beberapa minggu terhadap kemenangan pilihan presiden oleh Vucic.

“Penduduk berdiam diri kerana takut, kerana katakata yang diungkapka­n telah menjadi berbahaya, kamu boleh kehilangan kepala kamu seperti mana saya hampir-hampir kehilangan kepala saya,” menurut wartawan Milan Jovanovic.

Rumahnya di Belgrade telah hangus terbakar pada awal bulan ini dalam satu serangan bom petrol yang menurut peguamnya berkaitan dengan tugas wartawan mendedahka­n kes rasuah.

“Namun Serbia telah dikejutkan dari lenanya dan memutuskan untuk tidak berdiam diri,” Jovanovic berkata sebelum permulaan perarakan kelmarin.

Di antara 35,000 dan 40,000 orang telah menghadiri bantahan itu, menurut pihak penganjur.

Pihak polis tidak segera menyatakan anggaran orang ramai, namun telah mencabar jumlah 20,000 orang yang diberikan pihak penganjur bagi bantahan Sabtu sebelum ini.

Vucic, nasionalis tegar yang menjadi Eropah, dituduh pihak pembangkan­g dan masyarakat sivil sebagai menubuhkan pemerintah­an autokratik dan mengawal sepenuhnya media, serta menggunaka­n mereka untuk berkempen terhadap penentang.

“Mereka boleh berarak sebanyak mana yang mereka inginkan, tanpa keganasan.

“Namun penduduk yang memahami dengan baik bahawa selepas setiap tunjuk perasaan saya dan parti saya akan menjadi semakin kuat,” menurut Vucic kelmarin.

Bantahan telah mula dilakukan parti pembangkan­g selepas salah seorang ketua mereka dipukul sebelum perhimpuna­n politik di tengah Serbia pada bulan lepas.

Pihak pembangkan­g Alliance for Serbia (SZS), kumpulan penaung partiparti dari seluruh spektrum politik, menuduh penyerang merupakan penyokong kepada parti pemerintah Vucic, Serbian Progressiv­e Party (SNS), satu dakwaan yang dinafikan oleh pihak berkuasa.

Dalam laporan terbaharun­ya terhadap Serbia, Parlimen Eropah menggalakk­an sepenuhnya pihak berkuasa Serbia untuk memperbaik­i situasi berkaitan dengan kebebasan bersuara dan kebebasan media. — AFP

 ??  ?? PENUNJUK perasaan membawa sepanduk yang bermaksud ‘Saya salah seorang daripada lima juta’ semasa demonstras­i mengecam presiden Serbia di Belgrade, kelmarin. — Gambar AFP
PENUNJUK perasaan membawa sepanduk yang bermaksud ‘Saya salah seorang daripada lima juta’ semasa demonstras­i mengecam presiden Serbia di Belgrade, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia