Utusan Borneo (Sabah)

Kes tembakan di Vienna ada kaitan mafia Balkan

-

VIENNA: Satu kejadian tembakan yang menyebabka­n seorang lelaki meninggal dunia dan seorang lagi mengalami kecederaan serius di tengah Vienna pada Jumaat lepas dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan mafia Balkan, kata pihak polis dalam satu kenyataan kelmarin.

“Pada masa sekarang jenayah kelihatan seperti ia mempunyai kaitan dengan jenayah terancang di wilayah Balkan Barat,” jelas kenyataan itu.

Kejadian tembakan, yang berlaku pada sekitar jam 1.30 petang waktu tempatan pada Jumaat lepas, mencetuska­n keadaan panik seketika di tengah bandar utama Austria yang bersejarah dan terkenal di kalangan pelancong.

Dua mangsa berusia 32 dan 23 tahun adalah antara tiga lelaki yang telah ditembak seorang lelaki lain sejurus mereka meninggalk­an sebuah restoran.

Akhbar harian Montenegri­n Vijesti menamakan lelaki yang meninggal dunia sebagai Vladimir Roganovic.

Menurut kepada akhbar, pihak polis menganggap Roganovic sebagai seorang anggota penting salah satu daripada dua kumpulan dadah yang sejak 2014 terlibat dalam pergaduhan teruk yang menyebabka­n kira-kira 30 terbunuh di Montenegro dan Serbia.

Pihak media tempatan turut melaporkan Roganovic telah dibebaskan dari penjara pada bulan ini selepas menjalani hukuman penjara bagi serangan bom terhadap beberapa rumah milik dua pegawai penjara.

Penembak dalam serangan Jumaat lepas telah melarikan diri dan masih belum ditemui.

Polis menyatakan suspek sebagai berusia kira-kira 30 tahun, setinggi 1.85 meter dan memakai jaket gelap dengan hud kepala.

Kejadian tembakan telah menimbulka­n pemburuan di seluruh bandar dengan pihak polis menyatakan siasatan turut dilakukan di negara lain.

Lelaki berusia 29 tahun yang turut bersama dua mangsa terbabit namun terselamat tanpa kecederaan, disoal siasat sebagai saksi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia