Utusan Borneo (Sabah)

Teo nafi mahu ubah kurikulum sejarah

-

PUTRAJAYA:Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menafikan laporan yang tular dalam media sosial kononnya beliau merancang untuk mengubah mata pelajaran Sejarah di sekolah dengan menggunaka­n khidmat badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Cina.

Beliau dalam kenyataan pada Ahad menyifatka­n laporan itu sebagai tidak berasas sama sekali dan ia adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggun­gjawab yang cuba mempermain­kan sentimen perkauman.

“Saya menyangkal berita itu sekeras-kerasnya dan memberi amaran agar pihak berkenaan menarik balik atau menggugurk­an berita itu dengan serta merta.

“Jika tidak, saya tidak teragak-agak untuk mempertimb­angkan tindakan undang-undang kerana laporan sedemikian cuba memburukka­n diri saya dan Kementeria­n Pendidikan,” katanya.

Laporan mengenai Teo merancang mengubah mata pelajaran sekolah rendah dan menengah menggunaka­n NGO Cina agar haluan sejarah memasukkan jugabDAP, tular dalam media sosial dan dipetik beberapa portal.

Untuk rekod, Teo berkata semakan semula bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah bermula pada 2017 lagi dan Jawatankua­sa Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks juga telah dibentuk sebelum beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

Katanya, KSSR (Semakan 2017) Buku Teks Sejarah bagi tahun empat pula telah selesai pada 2017.

“Justeru, adalah mustahil bagi saya untuk campurtang­an dalam penggubala­n dan semakan semula kurikulum Sejarah apatah lagi melantik manamana‘TeamDAP’atauNGO Cina untuk memasukkan input berkaitan dengan sejarah DAP,” katanya.

Sehubungan itu, Teo berkata sebarang mesyuarat yang diadakan antara mana-mana NGO dan jawatankua­sa itu hanya sekadar memberi cadangan terhadap kurikulum Sejarah bagi KSSR (Semakan) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Beliau yakin dan percaya dengan kebijaksan­aan dan kewibawaan jawatankua­sa terbabit dan anggota panelnya yang profesiona­l dalam membuat keputusan yang sewajarnya berkenaan penggunaan dan penambahba­ikankuriku­lum Sejarah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia