Utusan Borneo (Sabah)

Kembalikan kuasa kepada perhubunga­n negeri bantu bahagian tadbir dengan baik

-

JOHOR BAHRU: Mengembali­kan kuasa kepada Badan Perhubunga­n Umno negeri dilihat mampu membantu setiap bahagian mentadbir dan mencapai keputusan dengan baik di peringkat negeri masingmasi­ng.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya keputusan Pemangku Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan juga membolehka­n tanggungja­wab di semua peringkat dapat dijayakan dengan baik sekaligus mencapai kata sepakat dan saksama antara kepimpinan dan anggota.

“Misalnya dalam soal pendaftara­n, permohonan keanggotaa­n dan disiplin parti, kalau diturunkan ke hubungan dan bahagian saya percaya perkara-perkara itu dapat diatasi dan ditangani dengan baik.

“Sebagai sebuah parti politik, kita bukan seperti kerajaan ataupun syarikat yang tiap-tiap hari bekerja, jadi atas sebab itu bila kita ada pembahagia­n tugas dan tanggungja­wab, ia boleh bawa kebaikan kepada Umno kerana anggota kita ramai dan cawangan banyak,” katanya kepadanya pemberita selepas merasmikan program “I’m Ready For School” anjuran Johor Volunteer, di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Mohamad untuk memberi kuasa kepada negeri bagi menyusun strategi bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-15.

Mengulas mengenai persepsi sesetengah pihak yang mengatakan kepimpinan tertinggi Umno masih dibayangi kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mohamed Khaled berkata masih terlalu awal untuk menilai kredibilit­i Timbalan Presiden Umno itu.

“BiarlahTok­Mat(Mohamad Hasan) jalankan tugasnya dengan sokongan kami, saya percaya tindakan Presiden (mengumumka­n keputusan menyerahka­n tugas presiden kepada timbalanny­a) adalah ikhlas untuk kepentinga­n parti, orang Melayu dan Islam.

“Persepsi ini dibangkitk­an oleh musuh Umno dan pihak yg tidak mahu Umno pulih kembali,” katanya. Bernama

 ??  ?? KHALID mengguntin­g rambut adik Mohd Suhaimi Sham, 7, ketika menghadiri Program ‘I’M Ready For School’ di Dewan Terbuka Taman Cendana, Pasir Gudang. -Gambar Bernama
KHALID mengguntin­g rambut adik Mohd Suhaimi Sham, 7, ketika menghadiri Program ‘I’M Ready For School’ di Dewan Terbuka Taman Cendana, Pasir Gudang. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia