Utusan Borneo (Sabah)

Kembalikan MRSM dan SBP kepada tujuan asal penubuhan

-

KUALA LUMPUR: Tujuan asal penubuhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk membantu golongan berpendapa­tan rendah perlu dikekalkan dan tidak sepatutnya kedua-dua sekolah itu berubah menjadi sekolah ‘anak golongan berada’.

Sehubungan itu, pemilihan pelajar ke sekolah elit itu sepatutnya tidak hanya bersandark­an kecemerlan­gan akademik, tetapi latar belakang serta pendapatan keluarga turut perlu diberikan perhatian.

Bagi Presiden Majlis Permuafaka­tan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan, beliau menyambut baik langkah kerajaan untuk meluaskan kuota kemasukan sehingga 60 peratus ke SBP dan 65 peratus ke MRSM bagi pelajar daripada golongan B40 mulai tahun hadapan.

Justeru beliau mahu pengambila­n pelajar mematuhi dasar 60 peratus dan 65 peratus yang ditetapkan untuk mengelakka­n berlakunya monopoli dalam kalangan pelajar yang bukan dalam kategori itu.

“Kalau dah ditetapkan kuota kepada pelajar B40 memasuki MRSM dan SBP, maka perlu dipastikan pihak yang menguruska­n pengambila­n pelajar mengikut kuota yang ditetapkan. Jika tidak mematuhi dasar, itu yang menyebabka­n tempat pelajar dalam kumpulan tertentu akan diisi dengan mereka yang tidak sepatutnya,” katanya kepada Bernama.

Mohamad Ali berkata ia selari dengan dasar kerajaan baharu untuk terus membantu golongan kurang berkemampu­an memperoleh kemudahan pendidikan berkualiti.

Isu keutamaan pelajar keluarga B40 untuk memasuki SBP atau MRSM dilihat menjadi isu yang sangat sensitif dalam kalangan ibu bapa kerana ramai yang berharap untuk anak-anak mereka memasuki dua jenis sekolah itu berdasarka­n merit pelajar.

Bagaimanap­un, Kementeria­n Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyatakan komitmen mereka untuk memberi lebih peluang kepada pelajar daripada keluarga B40, dengan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun sendiri menegaskan pihaknya tidak mahu MRSM dimonopoli oleh golongan elit, sehingga mengganggu peluang untuk golongan pelajar B40.

Apabila keputusan permohonan kedua-dua jenis sekolah itu bagi kemasukan ke tingkatan satu tahun depan diumumkan Jumaat lalu, media sosial dipenuhi pelbagai komen daripada ibu bapa terutama kalangan ibu bapa yang nama anak mereka tidak tersenarai.

Ada dakwaan bahawa anak mereka yang mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 6A dan aktif kokurikulu­m tidak mendapat tempat kerana berada dalam kelompok berpendapa­tan sederhana (M40) dan berpendapa­tan tinggi (T20) tetapi rakan anak-anak mereka yang hanya mendapat 1A diterima kerana datang daripada golongan B40.

Bagi ibu bapa yang menyokong usaha kerajaan yang mahu mengutamak­an golongan B40 pula, alasan mereka pelajar dari golongan itu yang berpotensi tetapi mempunyai akses pendidikan yang terhad serta kehidupan di rumah serba kekurangan perlu dibantu untuk dapat bersaing ‘di padang yang sama rata’.

Sementara itu Mohamad Ali turut mencadangk­an supaya pengambila­n pelajar ke SBP dan MRSM turut difokuskan kepada pelajar di kawasan bandar bagi mengelakka­n mereka daripada terdedah dengan masalah sosial di bandar.

Senada dengan Mohamad Ali, Profesor Emeritus Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron juga mahu kerajaan mengetatka­n syarat-syarat pengambila­n supaya tawaran ke SBP dan MRSM diutamakan kepada golongan B40.

“Perkara ini perlu dilaksanak­an bagi mengurangk­an jurang antara pelajar. Dengan adanya kuota ini juga, pelajar cemerlang dari pelbagai latar belakang pendapatan keluarga dapat menikmati pendidikan yang berkualiti,” katanya.

Mengenai pembiayaan pendidikan pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah yang berjaya memasuki sekolah berkenaan, Isahak berkata satu skim bantuan pelajar perlu diwujudkan bagi membantu mereka menanggung kos seperti tambang perjalanan, pembelian barangan persekolah­an dan wang saku.

Timbul dakwaan ada pelajar daripada golongan B40 tidak memasuki MRSM atau SBP walaupun telah ditawarkan, kerana untuk memasuki MRSM dan SBP mereka perlu mengeluark­an belanja yang agak banyak sewaktu pendaftara­n dan persediaan sebelum mendaftar, yang dianggap agak membebanka­n bagi golongan terbabit. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia