Utusan Borneo (Sabah)

Gol tunggal Mbappe pelihara rekod tanpa kalah PSG

-

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe menjaringk­an gol kemenangan ketika Paris Saint Germain (PSG) menewaskan Nantes 1-0 untuk memulakan rehat musim sejuk dengan rekod tanpa kalah dalam Ligue 1 Perancis sementara Monaco terus murung apabila tewas kepada pasukan di tangga terbawah liga, Guingamp Sabtu lepas.

Mbappe menjaringk­an gol tunggal kemenangan PSG pada minit ke-67 untuk gol liga ke-13 beliau musim ini dan menjadikan­nya penjaring terbanyak Ligue 1 ketika Neymar sudah kembali ke Brazil untuk bercuti.

Jurulatih PSG, Thomas Tuchel juga akan bercuti dengan tenang selepas pasukannya mengumpul 47 mata dengan pasukan di tangga kedua, Lille, kurang 13 mata di belakang selepas tewas 1-2 kepada Toulouse di tempat sendiri.

“Saya berasa sangat gembira kerana kami melihat peningkata­n pasukan ini,” kata Tuchel. “Anda boleh merasai tenaga, ia sesuatu yang bagus menjelang tahun baharu.”

Dengan Neymar tidak tersenarai dalam skuad perlawanan, Angel Di Maria diturunkan dalam kesebelasa­n utama dan hampir menambah jaringan tetapi penjaga gol Nantes, Ciprian Tatarusanu beraksi tangkas menepis bola sebelum Di Maria melihat rembatanny­a terkena palang selepas itu.

Lyon, di tangga ketiga liga, seri 1-1 di Montpelier selepas membuka jaringan dari gol Nabil Fekir tetapi Ruben Aguilar menafikan tiga mata penuh buat Lyon dengan gol penyamaan.

Monaco terus gagal mencari rentak dan jurulatihn­ya, Thierry Henry terus tertekan apabila Guingamp menang 2-0.

“Saya tidak akan mempunyai cuti yang menggembir­akan,” kata Henry. “Sekarang anda harus bekerja dan melakukan apa yang harus anda lakukan.

“Ia sememangny­a memerlukan latihan dan latihan. Masih ada banyak mata untuk diperolehi dan ia satu-satu perkara yang positif dari perlawanan malam ini.”

Monaco adalah juara liga pada 2017 tetapi sekarang hanya mengumpul 13 mata dari 18 perlawanan, dua mata lebih banyak berbanding Guingamp dan naib presiden kelab, Vadim Vasilyev berkata kelab perlu berbelanja dalam pasaran perpindaha­n pemain bulan hadapan.

“Sehingga malam ini, saya fikir kami tidak memerlukan pemain baharu, tetapi sekarang ya,” kata Vasilyev.

Pada perlawanan lain, Strasbourg memberikan penghormat­an kepada mangsa serangan yang meragut lima nyawa pada 11 Disember dengan kemenangan 2-0 ke atas Nice sementara Marseille seri 1-1 dengan Angers dan Saint Etienne menewaskan Dijon 3-0. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia