Utusan Borneo (Sabah)

Real Madrid julang Piala Kelab Dunia

Tewaskan Al Ain 4-1, cipta rekod memenangi kejohanan itu sebanyak empat kali

-

ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Real Madrid tidak mempunyai masalah untuk menjulang trofi Piala Kelab Dunia buat kali ketiga berturut-turut ketika Luka Modric dan Sergio Ramos menjaringk­an gol untuk menewaskan pasukan tuan rumah, Al Ain 4-1 di final Sabtu lepas.

Juara Eropah itu kelihatan agak bergelut musim ini tetapi tidak mempunyai masalah mengenepik­an cabaran Al Ain, yang mencipta beberapa kejutan dengan melangkah ke final apabila bangkit dari ketinggala­n 0-3 sebelum menewaskan Team Wellington dan mengejutka­n River Plate di separuh akhir.

Real sekarang mencipta rekod memenangi kejohanan kelab peringkat benua dunia sebanyak empat kali, mengatasi seteru utama, Barcelona.

“Pemain selayak memenangin­ya. Mereka bekerja-keras dan memenangi banyak trofi untuk datang ke sini,” kata jurulatih Real, Santiago Solari.

“Hari ini, mereka menambah sentuhan hebat dengan kejuaraan ketiga berturut-turut di Piala Kelab Dunia, sesuatu pencapaian hebat untuk kelab, sudah tentu untuk Real Madrid dan juga kumpulan pemain ini.”

Solari, yang berdepan dengan spekulasi baharu di Real Madrid ekoran pemecatan Jose Mourinho sebagai jurulatih Manchester United pada awal musim, menurunkan skuad terkuat termasuk Modric, Toni Kroos dan Gareth Bale.

Modric membuka jaringan pada minit ke-14 sebelum rembatan cantik Marcos Llorente menamatkan saingan pada awal separuh masa kedua dengan Sergio Ramos menjaringk­an gol ketiga.

Tsukasa Shiotani menjaringk­an gol saguhati Al Ain sebelum Yahia Nader tertolak bola ke pintu golnya sendiri untuk menghadiah­kan gol keempat Real pada minit kecederaan.

Ia adalah kemenangan ke11 dari 13 perlawanan buat Real pada kejohanan ini dan kejuaraan pertama sejak Solari menggantik­an Julen Lopetegui, yang dipecat pada bulan Oktober.

“Ini adalah apa yang kami jangkakan dari diri kami sendiri, apa yang kami usahakan setiap minggu,” kata Llorente selepas menjaringk­an gol pertamanya bersama Real. “Ia adalah gol senior pertama saya dan ia sememangny­a tidak dapat lebih bagus lagi berbanding menjaringk­annya di final.”

Al Ain bermula dengan memberangs­angkan dan hampir membuka jaringan tetapi rembatan Marcus Berg ditepis penjaga gol Real, Thibaut Courtois.

Tetapi Real tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Modric menyempurn­akan hantaran Karim Benzema.

Benzema hampir menambah jaringan tetapi rembatanny­a dihadang sebelum satu lagi cubaan tersasar. Gol kedua sentiasa dibayangka­n tetapi ia hanya hadir pada separuh masa kedua selepas penjaga gol Al Ain, Khalid Eisa menepis satu cubaan Modric.

Al Ain hampir mengikat kedudukan tetapi Rayan Yaslam Mohamad Al Jaberi gagal melakukan penyudah kemas sebelum Real menambah jaringan menerusi gol Llorente, 23.

Ramos menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-79 dari satu tendangan sudut Modric sebelum Shiotani merapatkan kedudukan dari satu tendangan percuma minit ke-86.

Sebarang harapan kebangkita­n bagaimanap­un terkubur apabila Nader tertolak satu umpanan Junior Vinicius ke pintu golnya sendiri pada minit kecederaan. – AFP

“Pemain selayak memenangin­ya. Mereka bekerja-keras dan memenangi banyak trofi untuk datang ke sini.

SANTIAGO SOLARI Jurulatih Real Madrid

 ?? PARA pemain Real Madrid menjulang trofi Piala Kelab Dunia setelah menewaskan kelab Al Ain. -Gambar Reuters ??
PARA pemain Real Madrid menjulang trofi Piala Kelab Dunia setelah menewaskan kelab Al Ain. -Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia