Utusan Borneo (Sabah)

City dikejutkan Palace, Solskjaer mulakan tugas dengan kemenangan 5-1 ke atas Cardiff

-

CARDIFF, Wales: Manchester City memberikan ‘peluang’ kepada Liverpool dalam saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila dikejutkan 2-3 oleh Crystal Palace di Stadium Etihad sementara Ole Gunnar Solskjaer memulakan tugas sebagai jurulatih Manchester United dengan kemenangan 51 ke atas Cardiff Sabtu lepas.

Chelsea juga kecundang 0-1 di tempat sendiri kepada Leicester menerusi gol cantik Jamie Vardy, membolehka­n Arsenal berkongsi mata tetapi kekal di tangga kelima dengan perbezaan gol selepas menewaskan Burnley 3-1.

United kini kurang lapan mata di belakang Chelsea ketika gol dari Marcus Rashford, Ander Herrera, Anthony Martial dam dua gol Jesse Lingard di Wales.

Liverpool menjarakka­n kedudukand­itanggater­atasliga dengan kelebihan empat mata selepas menewaskan Wolves 2-0 pada perlawanan hari Jumaat, selain mengekalka­n rekod tanpa kalah mereka dalam liga setakat musim ini.

Dan City gagal merapatkan kedudukan ketika tewas buat kali pertama di tempat sendiri musim ini walaupun membuka jaringan menerusi tandukan Ilkay Gundogan.

Jeffrey Schlupp mengikat kedudukan buat Palace sebelum 30 minit permainan dan dua minit kemudian, Andros Townsend meletakkan Palace di hadapan buat kali pertama dengan satu rembatan cantik.

Pengurus City, Pep Guardiola, memasukkan Sergio Aguro tidak lama selepas rehat tetapi harapan City untuk bangkit terjejas apabila Kyle Walker mengasari Max Meyer dalam kotak penalti, membolehka­n Luka Milivojevi­c menyempurn­akan tendangan penalti untuk kedudukan 3-1.

“Kami tidak boleh memberikan penalti seperti itu,” kata Guardiola. “Kami harus cuba mengelakny­a. Ia lumrah bola sepak. Tiga cubaan dan tiga gol.”

Kevin De Bruyne juga dimasukkan sebagai pemain gantian dan berjaya merapatkan kedudukan lima minit sebelum tamat permainan namun ia ternyata terlalu lewat untuk menjaringk­an gol penyamaan.

Kekalahan memberikan keyakinan tinggi buat Liverpool menjelang kunjungan ke Etihad pada 3 Januari depan.

“Anda tidak mempamerka­n aksi seperti ini dengan hanya menggunaka­n magis atau duduk berbual selama lima minit,” kata pengurus Palace, Roy Hodgson. “Ada banyak yang perlu dilakukan untuk membina struktur dalam pasukan ini dan kami ternyata beraksi dengan hebat sekali.”

Jose Mourinho dipecat sebagai pengurus United pada hari Selasa, dengan juara 20 kali liga itu ketinggala­n 19 mata dari pendahulu liga, Liverpool selepas 17 perlawanan dan keputusan memecat Mourinho kelihatan tepat dengan satu perubahan prestasi dari pasukan yang tewas 1-3 kepada Liverpool minggu lepas.

Paul Pogba kembali diturunkan dalam kesebelasa­n utama dan memainkan peranan penting dalam tiga gol pertama ketika tendangan percuma Rashford, rembatan jarak jauh Herrera dan penyudah berpasukan yang disempurna­kan Martial untuk meletakkan United selesa di hadapan sebelum rehat.

Kedua-dua pasukan mendapat bantuan dari tendangan penalti meragukan apabila Victor Camarasa merapatkan kedudukan buat Cardiff sebelum rehat sebelum Lingard menjadikan kedudukan 4-1 selepas rehat.

Dan satu lagi umpanan cantik Pogba disempurna­kan Lingard untuk melengkapk­an jaringan seminit sebelum tamat permainan.

Solskjaer bagaimanap­un enggan mengalah untuk memburu empat tangga teratas liga dan bercakap tentang rasa bangga untuk mengambil alih tugas untuk sementara.

“Kami ketinggala­n lapan mata (dari pasukan di tangga keempat) – ia tugas pada setiap perlawanan dari satu perlawanan,” kata beliau. “Kami sentiasa bermain dengan baik pada separuh kedua musim.”

United menjaringk­an liga gol liga buat kali pertama sejak perlawanan terakhir dalam era Alex Ferguson pada Mei 2013.

“Mereka adalah kumpulan pemain yang sangat bagus dan berbakat,” kata Solskjaer. “Mereka melaksanak­an pelan permainan dengan baik, bekerja keras dan sebuah pasukan Man United seharusnya tidak terlalu terdesak bermain.” AFP

 ??  ?? PEMAIN City Bernardo Silva melakukan percubaan ke arah gawang gol. -Gambar Reuters
PEMAIN City Bernardo Silva melakukan percubaan ke arah gawang gol. -Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia