Utusan Borneo (Sabah)

Sastera tekankan pembentuka­n jiwa dan semai nilai murni

Menjadikan masyarakat penuh dengan nilai murni

-

KOTABELUD:Penulisada­lah manusia kreatif dan bijaksana yang sering berhadapan realiti masyarakat, lantas menterjema­hkan realiti itu menjadi satu karya yang dibaca dan direnung atas tujuan untuk menjadikan masyarakat itu penuh dengan nilai-nilai murni.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Isnaraissa­h Munirah Majilis berkata, oleh kerana itu sastera menekankan pembentuka­n jiwa manusia agar lebih insaniah dan diseimbang­kan dengan subjek lain yang bersifat kebendaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, walaupun subjek kesusaster­aan tidak diperkenal­kan pada peringkat sekolah rendah, unsur sastera tetap terdapat dalam mata pelajaran bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Kadazan Dusun (BKD).

“Ibu bapa perlu menggalakk­an anak-anak mereka untuk membaca buku-buku dalam ketiga-tiga bahasa terutama novel kanakkanak yang mempunyai nilainilai moral, budaya kearifan tempatan dan tidak ketinggala­n juga buku yang bertemakan sains, teknologi dan alam sekitar.

“Saya selaku wakil rakyat di daerah ini menyokong penuh agar budaya membaca dalam kalangan ibu bapa dan komuniti dapat disemai secara berterusan agar ia menjadi contoh kepada anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Diskusi Karya Baharuddin Kahar dan Penerbitan Buku anjuran PIBG SK Ulu Kukut, PSBS (Persatuan Sastera dan Bahasa Sabah) dan WHSB Energy Ventures Sdn Bhd di Dewan Terbuka, SK Ulu Kukut pada Sabtu.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rosmin Ijum, Penolong Pengarah DBP Cawangan Sabah Japar Ungki, Guru Besar SK Ulu Kukut Norawi Hj Kata, Penulis Novel Senjakala Baharuddin Kahar, mantan Editior DBP Mohamad Sahidan, Pengerusi PIBG SK Ulu Kukut Mokilau Rudin dan Ketua Biro Akademik PIBG SK Ulu Kukut Sanny Mangi.

Munirah berkata, Sabah kaya dengan pelbagai cerita rakyat yang kaya dengan unsur didik-hibur yang mempunyai nilai pengajaran yang kuat kepada kanak-kanak, yang suatu masa dahulu dikisahkan oleh ibu bapa untuk menjadi penghantar tidur anak-anak mereka.

“Saya difahamkan generasi tua Ulu Kukut masih menyimpan cerita-cerita rakyat sebegini, justeru pihak sekolah boleh menggalakk­an para pelajarnya mengumpul cerita-cerita berkenaan yang akhirnya diterbitka­n untuk menjadi buku.

“Malah,sayadifaha­mkanjuga sekolah ini ingin menjadikan subjekBaha­saMelayuPe­nulisan sebagai kebitaraan sekolah. Saya ingin mencadangk­an agar pihak sekolah mencari inisiatif untuk mengumpulk­an hasil tulisan para pejajar yang bertemakan ‘sayangi alam sekitar’,”katanya.

Dalam program itu juga, Munirah mengumumka­n hadiahgala­kanRM500da­ripada Pusat Khidmat Parlimen Kota Belud untuk setiap calon UPSR yang berjaya merangkul agregat 6A pada UPSR 2019 selain menyampaik­an hadiah insentif kepada para pelajar SK Ulu Kukut yang telah menduduki UPSR yang lalu.

 ??  ?? MUNIRAH menyampaik­an cenderamat­a kepada penulis Baharuddin Kahar.
MUNIRAH menyampaik­an cenderamat­a kepada penulis Baharuddin Kahar.
 ??  ?? MUNIRAH menyampaik­an hadiah insentif kepada pelajar UPSR 2018, sambil disaksikan oleh Penolong PPD, Rosmin Ijum (dua dari kiri) dan Guru Besar SK Ulu Kukut, Norawi Hj Kata (kiri).
MUNIRAH menyampaik­an hadiah insentif kepada pelajar UPSR 2018, sambil disaksikan oleh Penolong PPD, Rosmin Ijum (dua dari kiri) dan Guru Besar SK Ulu Kukut, Norawi Hj Kata (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia