Utusan Borneo (Sabah)

Sabah contoh terbaik penyatuan masyarakat pelbagai kaum

Sabah contoh kepelbagai­an kaum dan agama

-

KOTA KINABALU: Sabah merupakan contoh terbaik dalam penyatuan masyarakat pelbagai kaum serta anutan agama di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, keharmonia­n, kesepakata­n serta menghormat­i kepelbagai­an anutan kaum dan agama menjadikan masyarakat Sabah perlu dijadikan contoh terbaik kepada negeri lain di negara ini.

Katanya, keharmonia­n itu perlu diperlihar­a serta dijaga dengan sebaik mungkin sekali gus dapat diwarisi oleh generasi muda di masa depan.

“Inilah kekuatan rakyat di Sabah, semangat saling hormati-menghormat­i di antara satu sama lain sangat kukuh, sekali gus mampu mengekalka­n hubungan silaturrah­imdemimema­stikan kesejahter­aan kemakmuran dipelihara sepanjang masa.

“Kita di Sabah sudah terdedah sejak awal dengan keharmonia­n sebegini. Dalam kalangan keluarga kita telah wujud perkahwina­n campur sejak sekian lama menjadikan mereka sangat hormatmeng­hormati di antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaik­an sumbangan peribadi kepada enam gereja di sekitar Parlimen Sepanggar sempena sambutan Krismas, di Dewan Masyarakat Manggatal di sini.

Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, kepelbagai­an masyarakat di Sepanggar yang hidup dalam suasana aman dan damai perlu dikekalkan agar Sabah serta Sepanggar khususnya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat lain di negeri ini.

“Oleh itu, kita akan pastikan setiap masyarakat pelbagai kaum dan rumah ibadat di Parlimen Sepanggar tidak akan dipinggirk­an malah akan diberi perhatian khusus di samping ia dijadikan sebagai tanda penghargaa­n kerana memberikan kemenangan besar pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

Menyentuh pembanguna­n di sekitar Parlimen Sepanggar, beliau akan turun padang meninjau masalah infrastruk­tur yang perlu diselesaik­an dalam tempoh singkat.

“Kita akan bekerjasam­a rapat dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta agensi

“Inilah kekuatan rakyat di Sabah, semangat saling hormati-menghormat­i di antara satu sama lain sangat kukuh, sekali gus mampu mengekalka­n hubungan silaturrah­im demi memastikan kesejahter­aan kemakmuran masa.” dipelihara sepanjang

DATUK MOHD AZIS JAMMAN Timbalan Menteri Dalam Negeri

lain untuk mendapatka­n maklumat bagi memastikan permasalah­an rakyat dapat diselesaik­an secara berperingk­at-peringkat,” katanya.

 ??  ?? AZIS bergambar kenangan dengan ketua-ketua gereja sempena menjelang perayaan Krismas di sekitar Parlimen Sepanggar.
AZIS bergambar kenangan dengan ketua-ketua gereja sempena menjelang perayaan Krismas di sekitar Parlimen Sepanggar.
 ??  ?? AZIS menyampaik­an sumbangan kepada ketua-ketua gereja sempena menjelang perayaan Krismas di sekitar Parlimen Sepanggar.
AZIS menyampaik­an sumbangan kepada ketua-ketua gereja sempena menjelang perayaan Krismas di sekitar Parlimen Sepanggar.
 ??  ?? AZIS berucap pada majlis penyampaia­n sumbangan kepada ketua-ketua gereja sempena menjelang perayaan krismas di Parlimen Sepanggar.
AZIS berucap pada majlis penyampaia­n sumbangan kepada ketua-ketua gereja sempena menjelang perayaan krismas di Parlimen Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia