Utusan Borneo (Sabah)

Letusan gunung berapi Anak Karakatoa cetus tsunami

Indonesia kembali dikejutkan matapetaka maut yang memusnahka­n harta benda

-

CARITA: Sekurangku­rangnya 43 orang telah terkorban dan hampir 600 orang tercedera dalam serangan tsunami di Indonesia yang mungkin berpunca daripada letusan gunung berapi yang dikenali Anak Krakatoa yang ada kaitan dengan Gunung Berapi Krakatoa, menurut pihak berkuasa semalam.

Beratus-ratus bangunan telah dimusnahka­n ombak yang melanda pantai tanpa sebarang amaran di Sumatra Selatan dan hujung barat Jawa pada jam 9.30 malam waktu tempatan kelmarin, jurucakap agensi bencana negara Sutopo Purwo Nugroho menyatakan dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dan 584 orang telah tercedera di sekitar tiga wilayah.

Pihak berkuasa menyatakan tsunami mungkin berpunca daripada peningkata­n air pasang luar biasa yang disebabkan oleh bulan penuh dan kejadian tanah runtuh di dasar laut selepas letusan Anak Krakatoa, yang membentuk pulau kecil di Selat Sunda di antara Jawa dan Sumatera.

“Kombinasi tersebut mencetuska­n tsunami mengejut yang melanda pantai,” kata Nugroho, namun menambah bahawa agensi geologi di Indonesia telah berusaha memastikan perkara sebenar.

Beliau menambah bahawa angka kematian kemungkina­n akan bertambah.

Rakaman video yang dihantar kepada media sosial oleh Nugroho menunjukka­n penduduk yang panik membawa lampu suluh dan melarikan diri ke kawasan lebih tinggi.

Pihak berkuasa Indonesia pada mulanya mendakwa ombak tersebut bukannya serangan tsunami, sebaliknya satu peningkata­n air pasang serta menggesa orang awam agar tidak panik.

Nugrohokem­udianmemin­ta maaf bagi kesilapan itu dalam Twitter, menyatakan disebabkan tiada gempa bumi maka ia adalah sukar bagi memastikan punca insiden sebelum itu.

“Sekiranya terdapat satu kesilapan awal kami ingin memohon maaf,” tulis beliau.

Ombak telah melanda beberapa bahagian di pantai sekitar Selat Sunda di antara Jawa dan pulau Sumatera, namun paling menjejaska­n di daerah Pandeglang, di hujung barat Jawa, di mana 33 orang meninggal dunia dan 491 orang mengalami kecederaan.

Di pantai Carita, sebuah kawasan kunjungan harian terkenal di pantai barat di Jawa, Muhammad Bintang, 15, menceritak­an kenaikan air mengejut yang telah melanda kawasan pelanconga­n dalam kegelapan.

“Kami tiba jam 9 malam waktu tempatan bagi percutian kami dan tiba-tiba air datang, keadaan menjadi gelap, bekalan elektrik terputus,” kata beliau.

“Keadaan di luar huru-hara dan kami belum dapat keluar ke jalan raya.”

Di wilayah Lampung, di bahagian lain di selat, Lutfi Al Rasyid menyatakan beliau meninggalk­an pantai di bandar Kalianda kerana bimbangkan nyawanya.

“Saya tidak dapat menghidupk­an enjin motosikal saya maka saya tinggalkan­nya lalu lari dari situ.

“Saya hanya berdoa dan berlari sepantas mungkin,” menurut pemuda berusia 23 tahun itu.

Walaupun jarang berlaku, letusan gunung berapi dasar laut boleh menyebabka­n tsunami disebabkan oleh perubahan kawasan air yang mengejut atau masalah cerun, menurut kepada Pusat Maklumat Tsunami Antarabang­sa.

Anak Krakatoa merupakan pulau gunung berapi kecil yang muncul dari laut setengah abad selepas letusan maut Krakatoa pada 1883.

Ketika Krakatoa meletus pada kurun ke-19, satu letusan abu, batu dan asap ke udara setinggi lebih 20 kilometer menyebabka­n wilayah berada dalam kegelapan dan mencetuska­n tsunami besar yang dirasai di seluruh dunia.

Bencana tersebut telah mengorbank­an lebih 36,000 orang.

Indonesia, salah sebuah negara paling terdedah dengan bencana di bumi, terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik di mana plat tektonik bertembung dan sebahagian besar letusan gunung berapi dunia serta gempa bumi berlaku.

Yang terbaharu di bandar Palu di pulau Sulawesi satu gempa bumi dan tsunami telah membunuh ribuan orang.

Pada 2004, satu tsunami yang berpunca daripada gempa bumi bawah laut sekuat 9.3 magnitud di luar pantai Sumatra di barat Indonesia mengorbank­an 220,000 orang di beberapa negara sekitar Lautan Hindi, termasuk 168,000 di Indonesia.

Anak Krakatoa salah satu daripada 127 gunung berapi aktif di kepulauan tersebut. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENDUDUK hanya mampu meninjau kemusnahan rumah mereka di Carita, kelmarin selepas dibadai tsunami pada sebelah malamnya susulan letusan Anak Krakatoa.
— Gambar AFP PENDUDUK hanya mampu meninjau kemusnahan rumah mereka di Carita, kelmarin selepas dibadai tsunami pada sebelah malamnya susulan letusan Anak Krakatoa.
 ?? — Gambar Reuters ?? PENDUDUK mencari barangan yang masih boleh digunakan dalam runtuhan sebuah vila selepas kawasan tersebut dilanda tsunami di sekitar pantai Carita di Padeglang, wilayah Banten kelmarin dalam gambar serahan Antara Foto.
— Gambar Reuters PENDUDUK mencari barangan yang masih boleh digunakan dalam runtuhan sebuah vila selepas kawasan tersebut dilanda tsunami di sekitar pantai Carita di Padeglang, wilayah Banten kelmarin dalam gambar serahan Antara Foto.
 ??  ?? GAMBAR serahan Kementeria­n Hal Ehwal Sosial Indonesia yang dirakam kelmarin menunjukka­n mayat mangsa disusun di Carita susulan tsunami yang melanda kawasan Selat Sunda pada malam Jumaat. — Gambar AFP
GAMBAR serahan Kementeria­n Hal Ehwal Sosial Indonesia yang dirakam kelmarin menunjukka­n mayat mangsa disusun di Carita susulan tsunami yang melanda kawasan Selat Sunda pada malam Jumaat. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia