Utusan Borneo (Sabah)

Rooney inspirasi Solskjaer kembalikan suasana gembira di Manchester United

-

LONDON, England: Ole Gunnar Solskjaer mengakui beberapa kata-kata dari seorang lagi bekas bintang Manchester United telah membantu mengembali­kan suasana di kelab Old Trafford ketika beliau memulakan tugas sebagai jurulatih sementara dengan kemenangan 5-1 ke atas Cardiff City dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Jurulatih berusia 45 tahun dari Norway itu tersenyum lebar ketika menjelaska­n bagaimana, selepas pelantikan tugas buat sementara ekoran pemecatan Jose Mourinho pada awal minggu, beberapa kata-kata sementara dari Wayne Rooney turut memberikan inspirasi kepadanya.

“Saya tiba malam Rabu dan hanya pada hari Khamis dan Jumaat saya bersama pemain. Wayne Rooney menghantar pesanan teks kepada saya dan memberikan beberapa nasihat – jadi ia mungkin kerana beliau!” kata beliau sambil ketawa. “Beliau memberitah­u saya untuk memastikan pemain bermain, berasa gembira dan bermain seperti Manchester United.” Seperti harapan kata-kata Rooney, Solskjaer berjaya mencari satu cara untuk membolehka­n pemain yang sebelum ini seperti digari dan hilang semangat di bawah kendalian Mourinho, kelihatan seperti bebas untuk melakukan serangan dengan kepantasan dan mereka menjaringk­an lima gol dalam liga untuk kali pertama sejak perlawanan terakhir di bawah kendalian Alex Ferguson pada Mei 2013.

Selepas membelasah Cardiff – kelab di mana Solskjaer bergelut pada penggal pertama sebagai jurulatih dalam Liga Perdana – skuad semasa United dan bekas pemain seperti Rooney juga meraikan semangat baharu dalam pasukan.

“Ia hari yang hebat untuk kelab,” kata Rooney, yang menonton perlawanan di studio penyiaran BT Sport.

“Manchester United adalah bahagian besar dalam kehidupan saya dan tidak pernah menarik melihat apa yang berlaku sebelum ini. Sebaik sahaja Ole diberikan amanah, saya fikir saya akan memberikan beliau ucapan tahniah,” tambah penjaring terbanyak kelab itu.

“Pemain sememangny­a kelihatan terkawal pergerakan (di bawah bimbingan Mourinho). Pemain mempunyai keupayaan dan hari ini kita melihatnya.

“Banyak perkara berlaku di sekitar pasukan dan juga pengurus, sesuatu yang tidak bagus. Ole memberikan mereka kebebasan itu.”

Ia jelas dilihat di mana ada banyak perbezaan dari ketika era Rooney, dan keadaan menjadi lebih buruk sepanjang dua tahun setengah di bawah bimbingan Mourinho. -AFP

 ??  ?? SOLSKJAER
SOLSKJAER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia