Utusan Borneo (Sabah)

Messi, Dembele pastikan Barcelona di tangga teratas La Liga

-

MADRID, Sepanyol: Barcelona menangani cabaran Atletico Madrid untuk memastikan mereka memiliki kelebihan tiga mata di singahsana La Liga Sepanyol menjelang rehat musim sejuk selepas menewaskan Celta Vigo 2-0 di Nou Camp Sabtu lepas.

Gol oleh Ousmane Dembele dan Lionel Messi sudah memadai untuk skuad kendalian Ernesto Valverde berada di tangga teratas dengan 37 mata dan terus di hadapan Atletico, yang mengikat kedudukan dengan Barcelona kurang dua jam sebelum perlawanan Barcelona selepas menewaskan Espanyol 1-0 menerusi tendangan penalti Antoine Griezmann.

“Dalam separuh masa pertama, kami berjaya melepasi pertahanan mereka dan dengan bermain di belakang pertahanan mereka, kami boleh menjaringk­an gol,” kata Valverde.

Dembele meletakkan Barca di hadapan seawal minit kesembilan apabila merembat bola muntah selepas rembatan Messi tidak ditepis kemas penjaga gol Celta, Ruben Blanco.

Messi menambah jaringan sebelum rehat selepas tidak dikawal untuk menyempurn­akan hantaran Jordi Alba untuk gol liga ke15 beliau musim ini.

Alba dan Messi juga berganding­an cantik untuk menghasilk­an gol pembukaan Dembele.

“Mereka (Messi dan Alba) adalah dua pemain yang boleh bekerjasam­a dengan baik, mereka saling memahami dalam padang,” tambah Valverde.

“Saya berharap ia terus berfungsi dengan baik.”

Luis Suarez terlepas peluang keemasan untuk menambah jaringan selepas rehat apabila rembatanny­a tersasar dari satu lagi umpanan cantik Alba tetapi walaupun sering menguji penjaga gol Barca, MarcAndre ter Stegen, Celta tetap gagal mencari satu gol yang mampu mencemaska­n Barca.

Pada perlawanan awal, Griezmann menyempurn­akan penalti 10 minit selepas rehat untuk memastikan kemenangan berharga Atletico.

“Ia kemenangan penting tidak kira bagaimana cara kami melakukann­ya,” kata kapten Atletico, Diego Godin.

“Kami memulakan rehat musim sejuk dengan rasa gembira.” – AFP

 ??  ??
 ??  ?? MESSI diasak pemain Celta Vigo David Costas dan Okay Yokuslu dalam perlawanan itu. -Gambar Reuters
MESSI diasak pemain Celta Vigo David Costas dan Okay Yokuslu dalam perlawanan itu. -Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia