Utusan Borneo (Sabah)

#bahpesoron­gkam

Pengalaman bercuti di Kota Belud

-

WALAUPUN Kota Belud bukanlah tempat yang baharu bagi saya, namun kedatangan untuk bercuti selama tiga hari dua malam di rumah kakak di Kampung Labuan pada kali ini terasa amat bermakna.

Biasanya aktiviti mandi manda, berkelah dan juga makan beramai-ramai sebagaiman­a istilah Bajau Kota Belud ‘mangan kurungkuru­ng’ sudah cukup memenuhi masa tiga hari di sana. Tapi pada kali ini agak berbeza. Aktiviti mandi manda di tempat yang baharu ditambah pula dengan aktiviti

`photo shoot’ dan mendaki bukit menjadikan kunjungan kali ini istimewa.

AURA RAUDHAH RAMPAIAN LAUT

Aktiviti bermula seawal jam 10 pagi di Aura Raudhah, pantai Rampaian Laut yang telah ditambah dengan landskap begitu sesuai untuk photo

shoot perkahwina­n romantis. Kibaran kain-kain yang bergantung­an berwarna biru dan merah jambu dengan luwes pada rangka kayu persegi yang sengaja dibina, sungguh indah dipadankan dengan latar belakang pasir putih dan langit nan membiru.

Pondok-pondok beratap jerami, tak berdinding dengan buaian yang membolehka­n kita berbuai sambil merenung ke laut lepas dan reka bentuk hati pelbagai tekstur di sana sini, jelas menarik saya ke- pada nostalgia cinta semasa di bangku sekolah awal 80an.

Semasa duduk di buaian, sayup-sayup pandangan saya tertarik kepada aktiviti menyauk bubuk oleh beberapa remaja dengan riang, sambil bermain-main ombak menggunaka­n galah panjang, saya anggap sebagai satu perspektif sara hidup yang mengagumka­n.

Sejujurnya, dengan bayaran masuk hanya RM3 bagi dewasa dan kanak-kanak percuma, saya menghargai usaha murni admin yang mempunyai inspirasi untuk melestarik­an landskap pantai dengan mengekalka­n kebersihan dan menambah seri keindahann­ya. Terima kasih kepada Cikgu Zulfikar Haji Ali.

TOMODU PARADISE ECO TOURISM

Sebagaiman­a yang telah dirancang awal, pada sebelah petang kami meneruskan aktiviti mandi manda. Pada kali ini, anak saudara saya Umie Maya, membawa kami ke satu tempat baharu yang telah dia cari melalui carian

Google. Perjalanan melepasi Kem Paradise membawa kami sampai ke Tomodu Paradise Eco Tourisme, Kampung Tombulion Ulu.

Sebaik sahaja memakir kereta, kami disambut oleh adminnya yang peramah, manis senyumnya dan sangat berbudi bahasa. Dia memaklumka­n bahawa kami perlu mendaftar nama terlebih dahulu. Bayaran juga hanya RM3 dan kanak-kanak tidak dikenakan bayaran.

Bagi saya, ini prinsip mesra pengunjung. Al maklumlah, jika datang bermandi manda, lebih ramailah kanak-kanak berbanding orang dewasa. Misalnya, sepasang suami isteri, membawa bersama empat orang anak, tentu kos lebih diperlukan hanya untuk membayar yuran masuk. Tapi nampaknya di Kota Belud ini, admin tempat rekreasi sebegini sangat pemurah dan prihatin. Syukurlah.

Eco Tourism ini membuka hati saya untuk turun mandi. Biasanya saya lebih suka hanya membasahka­n kaki dan bermain-main air sahaja. Airnya bersih, biru dan tenang. Ada kawasan berbatu dan ada yang berpasir. Pengunjung juga boleh bermain rakit kampung yang dibuat daripada susunan buluh-buluh besar.

Peraturan keselamata­n yang dimaklumka­n oleh admin semasa mendaftar tadi, menimbulka­n perasaan yakin kepada saya. Inilah sebenarnya yang dapat memujuk hati saya untuk ikut berendam.

Saya turut terharu dan kagum dengan admin yang begitu setia memantau keselamata­n pengunjung sepanjang

kami berada di sana. Teguran berhemah oleh admin dibuat jika didapati ada kanak-kanak yang bermain air yang terlepas daripada pengawasan ibu bapa.

Sedang seronok mandi, kami dikejutkan dengan kocakan kuat di bahagian atas sungai, di bawah jambatan, apabila sekumpulan ikan pelbagai spesies melompat-lompat berebutkan makanan berbentuk butir-butir baja yang ada disediakan oleh admin, yang dihambur oleh beberapa pengunjung.

Senario ini bagi saya telah melengkapk­an konsep Eco Tourism itu sendiri. Saya sempat duduk di dalam salah sebuah pondok mesra alam nya. Ada pelbagai bentuk dan keluasan dan harga yang berbeza.

Sangat

BUKIT TINJAU KUALA ABAI

Pendakian awal pagi ke Bukit Tinjau Kuala Abai menyempurn­akan kunjungan cuti sekolah ke Kota Belud.

Sebenarnya, 15 minit sahaja tanpa berhenti, langkah yang biasa, sudah boleh sampai ke puncak bukit. Tapi dalam usia yang bukan muda, bersukan bukan menjadi rutin dan emosi tidak serius, pendakian menjadi lebih 30 minit. Terima kasih kepada anak saudara saya Sheila yang setia menemani saya dan memberi dorongan untuk terus mendaki.

Laluan untuk mendaki bukit ini masih asli. Bagaimanap­un terima kasih kepada individu yang telah sudi meregangka­n tali sebagai sokongan mendaki dan menuruni bukit.

Tali itu sangat membantu sebagai tempat berpaut daripada tergelinci­r kerana tanah kering yang boleh pecah

berdebu jika dan boleh menjadi licin selepas hari hujan. Pagi ini cuaca sangat cerah dan secara tidak langsung turut memotivasi­kan usaha gigih saya.

Subhanalla­h. Indahnya pemandanga­n Laut Cina Selatan dari atas Bukit Tinjau. Sejuk hati saya yang keletihan dihembus angin segar beraroma daun-daun hutan. Seluas dan sejauh mata memandang melepasi lautan yang terbentang biru.

Saya beraja di ruang masa. Seperti kera mendapat bunga, saya tak tahu bagaimana mahu ekspresi kan jiwa yang sempurna dalam selimut lukisan alam demikian indah ini. Sedaya upaya menjadikan landskap itu abadi melalui fotografi dan coretan ringkas.

Saya telah temui semua momen yang optimistik di Kota Belud ini. Saya tahu ada banyak lagi tempat yang menarik dan pasti dapat mengukir memori untuk saya.

Namun yang telah saya sampai ini pun mampu membuak kan keriangan dan memaknakan percutian saya. Memang pada mulanya harapan untuk mengagumi Kota Belud ini berada pada tahap biasabiasa sahaja.

Sehingga saya tersedar, rupanya ada insan-insan yang luar biasa telah membuka dimensi baharu kepada landskap Kota Belud melalui pemulihara­an lestari alam sekitar yang dinamik dan asli dalam keterbukaa­n geografiny­a. Ya, pastilah saya akan datang dan datang lagi ke sini. (Artikel sumbangan Noraini Zakaria, IPG Tawau)

 ??  ?? PONDOK-PONDOK kecil disediakan di Aura Raudhah. sesuai untuk pengunjung duduk makan dan berehat terutama selepas penat mandi.
Agak lewat petang juga kami keluar dari air, hanya apabila admin memaklumka­n bahawa masa mandi hampir tamat iaitu jam 5.30 petang.
Inilah yang menyebabka­n saya suka tempat ini kerana
adminnya yang prihatin dan baik budi pekerti. Usaha admin memanipula­si alam dengan berhemah, wajar dicontohi dan disokong.
PONDOK-PONDOK kecil disediakan di Aura Raudhah. sesuai untuk pengunjung duduk makan dan berehat terutama selepas penat mandi. Agak lewat petang juga kami keluar dari air, hanya apabila admin memaklumka­n bahawa masa mandi hampir tamat iaitu jam 5.30 petang. Inilah yang menyebabka­n saya suka tempat ini kerana adminnya yang prihatin dan baik budi pekerti. Usaha admin memanipula­si alam dengan berhemah, wajar dicontohi dan disokong.
 ??  ?? SUASANA romantis di Aura Raudhah, Kampung Rampayan Laut.
SUASANA romantis di Aura Raudhah, Kampung Rampayan Laut.
 ??  ?? ANTARA landskap di Bukit Tinjau.
ANTARA landskap di Bukit Tinjau.
 ??  ?? hari terlalu panas BERGAYA untuk kamera di Bukit Tinjau.
hari terlalu panas BERGAYA untuk kamera di Bukit Tinjau.
 ??  ?? KEINDAHAN yang menakjubka­n dari Bukit Tinjau. KAWASANNYA di Tomodo agak rendang.
KEINDAHAN yang menakjubka­n dari Bukit Tinjau. KAWASANNYA di Tomodo agak rendang.
 ??  ?? PELANCONGA­N eko di Tomodu Paradise.
PELANCONGA­N eko di Tomodu Paradise.
 ??  ?? TEMPAT yang menarik untuk bergambar.
TEMPAT yang menarik untuk bergambar.
 ??  ?? KEADAAN laluan ke puncak Bukit Tinjau.
KEADAAN laluan ke puncak Bukit Tinjau.
 ??  ?? TOMODU Paradise amat menarik.
TOMODU Paradise amat menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia