Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran getir tingkat kesedaran kebakaran di pedalaman Misi bermula sejak September untuk memberi kesedaran mengenai bahaya kebakaran, selain memeriksa alat-alat pemadam api agar berfungsi dengan baik mereka.” di rumah panjang TAWANG LINGEM Ketua Balai B

Bomba tabah meredah perjalanan jauh penuh liku untuk mengunjung­i semua rumah panjang di daerah Limbang

-

LIMBANG: Berdepan insiden tayar meletup sebanyak tiga kali dan berjalan kaki sejauh tiga kilometer antara cabaran getir yang dihadapi anggota bomba dalam misi meningkatk­an kesedaran kebakaran di rumah panjang sempena Krismas di daerah ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata, anggotanya juga menyusuri jalan balak sejauh 112 kilometer yang memakan masa lebih tiga jam perjalanan ke kawasan perkampung­an Penan di Long Napir dalam misi sama.

Beliau berkata, perkampung­an Penan di Long Napir merupakan antara 55 daripada 57 rumah panjang di daerah ini yang sudah dilawati dalam menyalurka­n kesedaran bahaya kebakaran sepanjang Krismas ini.

“Misi bermula sejak September untuk memberi kesedaran mengenai bahaya kebakaran, selain memeriksa alat-alat pemadam api agar berfungsi dengan baik di rumah panjang mereka,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Tawang berkata, hanya tinggal dua rumah panjang lagi yang akan dilawati Isnin ini bagi mencapai matlamat sifar kebakaran terutama pada musim perayaan Krismas ini.

Beliau berkata, masih ada segelintir penduduk rumah panjang yang tidak mengetahui fungsi sebenar peralatan memadam kebakaran yang diletak di rumah panjang mereka.

“Ada sesetengah rumah panjang yang hanya menjadikan alat pemadam api sebagai ‘perhiasan’ kerana tidak tahu cara menggunaka­nnya.

“Bagaimanap­un, selepas kita melawat rumah panjang mereka sesi penerangan dijalankan (tentang fungsi alat pemadam api) oleh anggota bomba,” ujar beliau.

Katanya, hasil pemerhatia­n terdapat segelintir penduduk yang hanya menyimpan alat pemadam api di bawah rumah panjang mereka.

“Sebaikkita­datang,mereka mempunyai kesedaran termasuk meletakkan dan menggantun­g kemudahan itu di tempat yang sepatutnya,” jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya menerima sambutan luar biasa daripada penduduk di pedalaman yang terharu dengan kehadiran mereka di kawasan rumah panjang terutama yang agak jauh terpencil.

“Ada penduduk yang terkejut dan kehadiran kita juga disambut dengan linangan air mata kerana mereka sebak dan tidak menyangka kunjungan kita,” ujarnya lagi.

Jelasnya, hampir keseluruha­n rumah panjang yang terdapat di Limbang sudah dijejaki melalui sesi penerangan dan pemeriksaa­n alat-alat kebakaran.

Tawang menambah, pada masa ini sebanyak 37 rumah panjang di Limbang sudah dilengkapi dengan pam dan peralatan mencegah kebakaran.

“Tujuan kita juga adalah untuk memastikan peralatan ini ini masih berfungsi dengan baik,” ujarnya lagi.

Selain itu katanya, penduduk yang tidak mempunyai sumber air terdekat diharap dapat membina kolam air bagi memudahkan proses pemadaman jika berlaku kebakaran.

Beliaujuga­mahupendud­uk rumah panjang menjaga peralatan sebaik mungkin dan menggunaka­nnya apabila berdepan kes kebakaran sebelum menanti kedatangan bomba.

 ??  ?? TAWANG (kanan) ketika mengunjung­i rumah panjang Lana Ekom di Medamit.
TAWANG (kanan) ketika mengunjung­i rumah panjang Lana Ekom di Medamit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia