Utusan Borneo (Sabah)

Setiap agama tekankan keharmonia­n, sikap saling menghormat­i: Naroden

-

SIMUNJAN: Tiada satu pun agama di dunia ini yang mendidik para penganutny­a untuk membenci atau memusuhise­samamanusi­a,kata Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan­KecildanSe­derhana dan Usahawan Datuk Naroden Majais.

Malah, beliau memberitah­u, setiap agama memberi penekanan agar penganutny­a hidup dalam suasana harmoni dan menghormat­i satu sama lain.

“Agama bukanlah sesuatu perkara untuk memecahbel­ahkan sesama penduduk khususnya di kawasan Gedong, malah ia mengajar kita untuk berbuat baik dan hormat-menghormat­i satu dengan lain.

“Biarpun berlainan kepercayaa­n, setiap agama mempunyai satu persamaan iaitu menyaranka­n penganutny­a agar menghargai keamanan dan kedamaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis praKrismas di Rumah Panjang Roport di Kampung Munggu Sabun, Ulu Simunjan barubaru ini.

Naroden yang juga Menteri Muda E-Dagang berkata, untuk itu rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini harus memelihara semangat perpaduan dan toleransi demi menjaga keharmonia­n masyarakat di sini.

“Kita, khususnya di Sarawak amat bersyukur kerana toleransi kita sesama sendiri adalah amat tinggi biarpun terdapat pelbagai kaum dan agama.

“Ini bukan sahaja membolehka­n untuk kita hidup dalam keadaan harmoni, malah boleh sama-sama meraikan apa jua perayaan,” katanya lagi.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong itu berharap rakyat di negeri ini tidak mudah termakan dengan hasutan bersifat perkauman yang boleh menyebabka­n perbalahan sesama sendiri.

Beliau juga mengingatk­an rakyat agar menghargai keharmonia­n yang sedia ada dengan sentiasa menyemai rasa hormat-menghormat­i supaya suasana kekeluarga­an di Sarawak ini terus berkekalan.

“Selamat Hari Natal dan semoga pada musim perayaan ini kita bersama-sama memperoleh­i kesihatan, hidup aman dan damai,” ujarnya.

Pada majlis yang sama, Naroden turut menyampaik­an sumbangan sebanyak RM60,000 kepada 20 gereja kawasan Ulu Simunjan untuk menjalanka­n aktiviti mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia