Utusan Borneo (Sabah)

JBPM Sarawak akan fokus usaha mendidik kanak-kanak kepentinga­n cegah kebakaran

-

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan memfokuska­n kepada usaha mendidik kanakkanak di negeri ini tentang kepentinga­n pencegahan kebakaran.

Pengarahny­a Khirudin Drahman percaya, cara terbaik untuk mengurangk­an risiko kebakaran adalah melalui pendidikan kepada kanakkanak.

Menurutnya, sebelum kanakkanak menyertai program kesedaran kebakaran, kejadian kebakaran di Kuala Lumpur agak membimbang­kan.

Bagaimanap­un katanya, apabila program kesedaran kebakaran diperluask­an kepada kanak-kanak pada 2012, statistik menunjukka­n bahawa kes kebakaran di Kuala Lumpur antara 2015 dan 2017 hampir sifar.

“Saya tidak dapat mendedahka­n statistik kes kebakaran yang berpunca daripada kanak-kanak di sini, tetapi kes ini di Sarawak amat menggusark­an.

“Namun begitu, kita akan memantapka­n program pendidikan mengenai kesedaran kebakaran dalam kalangan kanak-kanak di Sarawak.

“Saya percaya program sedemikian bukan sahaja dapat membantu mengurangk­an jumlah kes kebakaran, tetapi turut mengurangk­an kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis sambutan pra-Krismas untuk Kanak-Kanak D’Wira Education Centre yang disertai seramai lebih 30 orang di Ibu Pejabat JBPM Sarawak di sini, pada Jumaat.

Khirudin berkata, pihaknya akan menggunaka­n pembelajar­an yang menyeronok­kan dengan tujuan memberikan pendidikan tentang kesedaran pencegahan kebakaran kepada kanakkanak.

Beliau percaya kanak-kanak yang terdedah atau menyertai pembelajar­an seperti ini akan mendapati program tersebut lebih menyeronok­kan.

“Ini satu-satunya cara untuk mendekati kanak-kanak kecil dan mendedahka­n mereka kepada kesedaran kebakaran dengan cara yang santai dan mudah difahami.

“Malah, kalau kita tengok negara barat, meskipun peralatan bomba mereka hebat tetapi apa yang kita masih percaya adalah pencegahan, langkah berhati-hati dan perlindung­an,” katanya.

Mengenai program kesedaran kebakaran untuk kanakkanak di Sarawak, Khirudin berkata, mereka akan memberi penekanan kepada ‘lupa’, lalai dan leka.’

“Pada masa sama juga, kita nak didik kanak-kanak ini dengan enam modul iaitu belajar untuk tidak membakar, api yang baik dan tidak baik, ‘stop drop and roll,’ rancang untuk menyelamat­kan diri serta keluar dan kekal selamat,” katanya.

 ??  ?? KHIRUDIN (bahagian belakang, empat kanan) dan sebahagian anggota bomba merakamkan gambar kenangan bersama kanak-kanak dan tetamu lain pada majlis sambutan pra-Krismas untuk Kanak-Kanak D’Wira Education Centre di Kuching. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
KHIRUDIN (bahagian belakang, empat kanan) dan sebahagian anggota bomba merakamkan gambar kenangan bersama kanak-kanak dan tetamu lain pada majlis sambutan pra-Krismas untuk Kanak-Kanak D’Wira Education Centre di Kuching. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia