Utusan Borneo (Sabah)

PKKMK harap Jom Ronda bersama polis IPD Padawan dapat diteruskan

-

KUCHING: Persatuan Kepolisan Khidmat Masyarakat Kuching (PKKMK) berharap aktiviti Jom Ronda bersama polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Demikian menurut Pengerusi PKKMK Al Hafis Hamdan mengenai penganjura­n Program Jom Ronda PDRM IPD Padawan bersama ahli PKKMK di sini, malam Jumaat.

Katanya, program seumpama itu dapat menjamin kesejahter­aan dan keselamata­n penduduk setempat khasnya di kawasan perumahan Matang Jaya.

“Saya amat kagum dan berterima kasih kepada pihak PDRM IPD Padawan terutama sekali Ketua Polis Daerah Padawan (Superinten­den Aidil Bolhassan) yang banyak memberi sokongan dalam melaksanak­an program tersebut.

“Diharapkan agar aktiviti serupa ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk menjamin kesejahter­aan dan keselamata­n penduduk setempat khasnya di kawasan perumahan MatangJaya,Padawan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jom Ronda yang diadakan di Masjid AlAbyad Matang Jaya.

Antara yang hadir ialah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan ASP Abd Wadi Abd Rani.

Selain itu, lebih kurang 30 orang terdiri daripada ahli PKKMK dan kariah Masjid AlAbyad Matang Jaya menyertai program tersebut yang berjalan lancar dan selesai sekitar jam 2 pagi Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia