Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat dialu-alu beri pandangan berkaitan Bandaraya Sukan

-

IPOH: Kerajaan Negeri mengalu-alukan pandangan semua pihak termasuk rakyat dalam usaha untuk merealisas­ikan harapan menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Sukan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia dan Sukan Negeri, Howard Lee Chuan How berkata semua idea, pandangan dan cadangan boleh dikemukaka­n kepada pihaknya melalui laman web khas yang akan dilancarka­n pada akhir Januari tahun hadapan.

“Kita juga akan gunakan platform media sosial seperti facebook, twitter dan seumpama dalam masa terdekat sebagai landasanun­tukmeranca­kkanlagi percambaha­n idea, pandangan dan cadangan daripada orang ramai

“Selain itu, kita akan adakan perbincang­an dengan beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini supaya kewujudan bandaraya sukan ini akan berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pemberita pada pelancaran Festival Perak Society of Performing Arts (PSPA) sempena Hari Tanpa Kereta, di sini pada Ahad.

Pada 22 Sept lepas, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Sukan bagi memastikan kemudahan dan infrastruk­tur sukan yang dibina sempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 tidak terabai.

Lee turut menjelaska­n bahawa bandaraya sukan itu akan dijadikan sebagai hub untuk pelbagai acara sukan seperti sukan asas, ekstrem dan permainan dalam talian (e-games).

Beliau juga yakin rang ramai akan memberi maklum balas yang baik berhubung perkara berkenaan selain yakin Ipoh berpotensi untuk menjadi penganjur kepada pelbagai jenis sukan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa.

“Ini kerana sukan dilihat mampu menjadi antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negeri. Perkara seumpama ini juga telah dilakukan oleh negaranega­ra luar dan dengan adanya beberapa prasarana sukan bersifat antarabang­sa, saya yakin Ipoh berpotensi,” katanya.

Mengenai program hari ini, beliau yang juga Anggota dewan UndanganNe­geri(ADUN)Pasir Pinji berkata, seramai 8,000 peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat bersamasam­a dalam menjayakan­nya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia