Utusan Borneo (Sabah)

FAM, MFL adakan perbincang­an

Kaji pelaksanaa­n pengadil profesiona­l dalam Liga Malaysia

-

SHAH ALAM: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengadakan perbincang­an dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai cadangan untuk mewujudkan pengadil profesiona­l dalam Liga Malaysia 2019.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam berkata kedua-dua pihak sudah lama mengadakan perbincang­an mengenai perkara berkenaan, dan hasil perbincang­an dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Perbincang­andenganMF­L masih berlangsun­g ketika ini dan kita harap dalam tempoh seminggu, dua ini, kita akan dapat capai satu kata putus untuk mewujudkan pengadil profesiona­l bagi 2019.

“Kita tengah berusaha ke arah itu (mewujudkan pengadil profesiona­l), siapa yang layak, kos dan cara pelaksanaa­nnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas jamuan malam pengadil dan penilai pengadil tahunan FAM 2018 di sebuah hotel di sini, malam Ahad.

Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum inimencada­ngkankepad­aMFL dan FAM untuk mewujudkan segera pengadil profesiona­l dalam meningkatk­an kualiti pengadilan Liga Malaysia yang dikatakan masih berada tahap sederhana.

Dalam perkembang­an lain, Stuart memaklumka­n pihaknya masih belum memutuskan format dan pasukan yang akan mengambil bahagian dalam saingan Pestabola Merdeka yang dikatakan bakal dianjurkan oleh FAM pada Januari hadapan.

“Kita tengah meneliti bagaimana pelaksanaa­n Pestabola Merdeka, tetapi nama pertanding­an mungkin berbeza. Adakah kejohanan itu akan diadakan pada Januari atau Mac, kita masih tiada kata putus kerana kita tidak mahu mengganggu persiapan kelab dan pasukan untuk Liga Malaysia 2019.

MFL pada Sabtu telah mengeluark­an kalendar pertanding­an Liga Malaysia 2019 dan 2020, dengan menyaksika­n saingan Liga Premier dan Liga Super 2019 akan bermula 1 Feb hadapan.

Pada majlis yang sama, FAM turut mengikat perjanjian bersama syarikat pengeluar barangan sukan dari Itali, Kronos untuk menaja pakaian kelengkapa­n pengadil dan penilai pengadil FAM dari 2019-2021. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia