Hari Keluarga JPN Labuan rapatkan warganya
Keluarga 2018 anjuran Kelab Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan berlangsung sederhana tetapi meriah.
Program yang telah diadakan di Taman Damai, Layang-Layangan itu dihadiri kira-kira 200 orang warga dan ahli keluarga Jabatan Pendidikan Labuan.
Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Raisin Saidin mengetuai aktiviti riadah dan senamrobik yang diadakan seawal jam 7.30 pagi.
Pelbagai aktviti menarik diadakan seperti acara sukaneka, pertandingan mewarna kategori kanakkanak, pertandingan memancing, futsal pantai, karaoke santai dan cabutan tiket bertuah.
Raisin merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur Kelab Pendidikan yang berjaya melaksanakan program ini dengan baik.
Beliau yakin menerusi program Hari Keluarga itu mampu mengeratkan hubungan baik yang sedia terjalin dalam kalangan warga Jabatan Pendidikan Labuan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada warga Jabatan Pendidikan yang hadir bersama keluarga masing-masing dan turut serta dalam acara yang telah disusun atur,”katanya.
Malah katanya,
Hari Keluarga itu juga memberikan ruang dan peluang ahli keluarga berkenalan antara satu dengan yang lain.
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sesi gotong-royong membersihkan kawasan aktiviti sehingga selesai pada pukul 1.30 petang.