Ambang Tahun Baharu 2019 disambut di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I
SIBU: Orang ramai dialu-alukan untuk memeriahkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2019 di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I pada 31 Disember ini.
Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King berkata program anjuran MPS itu akan diserikan dengan kehadiran Menteri Perdagangan Antarangsa dan E-Dagang Sarawak Dato Sri Wong Soon Koh.
“Bagi memudahkan orang ramai, pihak majlis akan menambah operasi tempat letak kenderaan bertingkat di Jalan Wong Nai Siong mulai jam 5.30 petang hingga jam 2 pagi.
“Bagaimanapun, kadar harga tidak berubah iaitu RM1 untuk setiap kemasukan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPS di sini pada Jumaat.
Hadir sama pada mesyuarat itu ialah timbalannya Kaunselor Rogayah Jemain.
Bagi menambah keterujaan pada malam itu nanti, pihak majlis telah merangka pelbagai programhiburanuntukdisajikan kepada orang ramai yang hadir, ujar Tiong.
Katanya, Pengarah Artistik Chen Ing Kuan telah dilantik untuk melaksanakan pelbagai program dan persembahan di pentas utama.
“Antaranya adalah persembahankugiran,nyanyian, menari, orkestra, sape, seni mempertahankan diri Cina dan sebagainya.
“Sebaik sahaja tepat jam 12.00 tengah malam, acara kemuncak iaaitu pertunjukan bunga api selama 10 minit akan diadakan sebagai simbolik menyambut kedatangan Tahun Baharu 2019,” katanya.