Utusan Borneo (Sabah)

Kisah adik beradik yang terpisah lama dalam Panggung RTM 2018 ‘Hujan Manik’

-

BERBEZA kali ini, drama arahan penerbit dan pengarah Unit Drama TV, Hisyamudin Ahmad bertajuk ‘Hujan Manik’.

Sebelum ini, drama ‘Nisaa’ yang telah memenangi videografi drama terbaik, Anugerah Skrin 2018 mengangkat kisah adik beradik di dapur arang, berasap dan berdebu, pelbagai peristiwa jelik, demi duit, pengaruh dan kuasa tetapi berbeza pula mesej yang hendak disampaika­n menerusi drama Hujan Manik ini.

Tidak pernah kita bayangkan bagaimana rasanya jika kita harus terpisah dari keluarga dan orangorang terdekat dalam tempoh yang sangat lama sehingga bertahun lamanya, hingga tidak tahu di mana keberadaan­nya dan tidak tahu harus mencari ke mana.

Begitu banyak kejadian mengenai terpisahny­a keluarga tetapi berbeza dengan kisah Fauziah Nawi (Kalsom) dan Rominah Sidek (Samiah) dalam drama Hujan Manik.

Perpisahan Fauziah Nawi dan kakaknya telah memberi kesan kepada anaknya, Hariry Jalil (Nodin) dan yang paling utama ialah cucunya (Irfan Rajali) yang sedang meningkat usia dan masih di alam persekolah­an.

Masalah ini jika tidak diatasi segera boleh membawa kepada kemurungan dan keterlibat­an anak-anak dengan masalah sosial.

Sesungguhn­ya betul jodoh, pertemuan dan maut itu di tangan Allah, kita hanya merancang dan berusaha dan Allah SWT penentu segalanya.

Bahagia itu tidak perlu dicari, ia akan datang sendiri dengan perjalanan yang disusun oleh Allah SWT. Sesungguhn­ya Allah beri kita ujian dan mengembali­kannya dengan nikmat yang berganda.

SINOPSIS HUJAN MANIK

KALSOM, lakonan Fauziah Nawi dan SAMIAH (Rominah Sidek) terpisah dari kecil berikutan serangan komunis semasa era darurat tetapi akhirnya mereka bertemu semula. BAYU, lakonan Irfan Rajali merupakan cucu kepada Kalsom dan dia tidak berminat ke sekolah akibat permasalah­an yang berlaku di rumah.

Manakala NODIN (Hariry Jalil) pula sebagai bapa tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada Bayu kerana sikap kecewanya yang masih menebal akibat kehilangan isterinya.

Bayu mendapat perhatian dam kasih sayang neneknya, Kalsom namun ia belum cukup memberi kesan pada cara kehidupann­ya membesar.

CIKGU WATI (Eyza Aryza) menyedari tentang perilaku anak muridnya, Bayu. Tetapi dengan bantuan rakannya BALQIS (Elanie Aidid) dan SOFEA (Reen Rahim) datang dari bandar merancang untuk mengaturka­n kempen pembelajar­an yang mampu menarik minat pelajar yang bermasalah hadir ke sekolah. Secara kebetulan, Balqis merupakan cucu kepada Samiah yang telah lama terpisah dengan adiknya Kalsom.

Pertemuan Balqis dan Kalsom semasa kehilangan Bayu membongkar rahsia pertemuan melalui gelang yang dipakai oleh Balqis hasil pemberian dari Samiah sebelum Balqis berangkat ke kampung.

Adakah pertemuan Samiah dan Kalsom mampu mengubah perilaku Bayu dan memberi impak yang besar kepada cara Bayu membesar?

Nantikan Panggung RTM bertajuk ‘Hujan Manik’ terbitan Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM) arahan Hisyamudin Ahmad. Mempertemu­kan gandingan mantap Fauziah Nawi dan Ruminah Sidek pada 31 Disember ini, jam 9.00 malam di TV1.

 ??  ?? BABAK sedih yang akan membuat penonton menangis.
BABAK sedih yang akan membuat penonton menangis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia