Pusat media PA diserbu, Hamas berkas lima individu
KAHERAH: Seorang anggota polis terkorban ketika cuba untuk meleraikan bahan letupan di luar sebuah gereja Koptik di Mesir kelmarin, menurut sumber keselamatan.
Dua pegawai lain tercedera dalam letupan itu ketika kakitangan keselamatan cuba menanggalkan fius alat tersebut di Kota Nasr di pinggir Kaherah, tambah sumber tersebut.
Bom tersebut telah disembunyikan di dalam sebuah beg yang diperiksa anggota polis.
Anggota polis yang terkorban, Mustafa Abid, adalah pakar dalam pemusnahan periuk api.
Penduduk Kristian Koptik yang berjumlah kira-kira 10 peratus daripada populasi Mesir, terus menjadi sasaran dalam rangkaian serangan kumpulan Islamic State (IS) sejak beberapa tahun ini.
Serangan terbaharu muncul sebelum sembahyang misa Krismas semalam ketika Presiden Abdel Fattah al-Sisi dijangka merasmikan Cathedral of Nativity di ibu negara pentadbiran baharu Mesir, 45 kilometer ke timur Kaherah.
Kawalan keselamatan telah diperkukuhkan di ibu negara sejak beberapa minggu lepas sebelum Krismas, ketika penduduk minoriti Kristian Koptik Mesir menyambutnya pada 7 Januari.
Pemimpin negara sejak 2014, Sisi sering menyatakan dirinya sebagai pembela penduduk Kristian daripada pihak ekstremis.
Namun aktivis dan beberapa penganalisis menuduh negara bersikap diskriminasi terhadap mereka dan tidak memberikan perlindungan yang sepatutnya.
Lebih 100 penduduk Koptik telah terbunuh dalam serangan pelampau sejak Disember 2016.
IS mengakui satu serangan pada awal November yang mengorbankan enam penganut Koptik dan seorang penganut Anglikan di wilayah tengah Minya.
Pihak polis kemudian menyatakan 19 suspek pelampau yang disyaki ada kaitan dengan serangan tersebut terkorban dalam kejadian berbalas tembakan.
Ia turut mengorbankan lebih 40 orang dalam dua pengeboman gereja pada April 2017, dan seorang penyerang bersenjata IS pada Disember tahun tersebut mengorbankan sembilan orang dalam serangan ke atas sebuah gereja di bandar kecil selatan Kaherah.
Beratus-ratus anggota polis dan tentera juga telah terkorban dalam serangan, di mana pada minggu lepas tiga pelancong Vietnam serta pemandu pelancong mereka dari Mesir terbunuh apabila sebutir bom buatan sendiri meletup di dalam bas yang dinaiki mereka di pinggir bandar Kaherah.
Mesir telah berada dalam keadaan darurat sejak April 2017. — AFP KOTAGAZA:Pihakberkuasa Hamas di Semenanjung Gaza telah menahan lima orang kelmarin semasa satu serbuan ke atas ibu pejabat media Pihak Berkuasa Palestin (PA), di mana peralatan berharga telah dimusnahkan.
Lima lelaki bersenjata menyerbu pejabat Perbadanan Penyiaran Palestin (PBC) di Kota Gaza pada Jumaat lepas dan memusnahkan peralatan bernilai ribuan dolar.
Pusat media itu dibiayai kerajaan PA yang berpusat di Tebing Barat dan menempatkan Palestine TV dan stesen radio Voice of Palestine.
Kakitangan dan seorang pegawai PA pada mulanya mempersalahkan serbuan itu terhadap Hamas, yang mentadbirSemenanjungGaza, namun pergerakan Islamis menyatakan kakitangan PA yang tidak berpuas hati sebagai bertanggungjawab.
Kesemua lima orang yang ditangkap adalah kakitangan PA yang mana gaji mereka telah dipotong baru-baru ini, menurut kementerian dalam negeri yang ditadbir Hamas di Gaza.
“Didapati salah seorang daripada mereka adalah seorang kakitangan Palestine TV yang mana gajinya telah dipotong bulan lepas.”
Hamas mentadbir Gaza sejak 2007, setahun selepas memenangi pilihan raya parlimen yang ditolak sebahagian besar komuniti antarabangsa.
Di sebalik kehilangan kuasa di enklaf tersebut, PA masih membayar gaji puluhan ribu kakitangan awam di sana.
Namun ia telah mengurangkan gaji sejak beberapa tahun disebabkan kekurangan dana, menyebabkan kemarahan di kalangan para pekerjanya. — AFP