Wanita Kanada dilaporkan hilang di Burkina Faso
OTTAWA: Seorang wanita KanadayangpergikeBurkina Faso bersama seorang teman dari Itali sebagai sebahagian daripada satu program bantuan kemanusiaan telah dilaporkan hilang, menurut kementerian luar negara kelmarin.
Edith Blais, 34, tidak didengari semenjak 15 Disember, menurut kepada media Kanada.
“Beberapa ejen konsular Kanada di Burkina Faso telah berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengumpulkan maklumat.
“Perkhidmatan konsular telah diberikan kepada anggota keluarga mangsa di Kanada,” menurut jurucakap kementerian luar.
Laporan media tempatan menyatakan Blais telah pergi ke negara Afrika Barat itu melalui Eropah bersama dengan seorang teman, Lucas Tacchetto, 30, dari Venice, Itali.
Pihak kementerian luar negara Kanada tidak mempunyai sebarang komen mengenai status Tacchetto.
Kedua-dua mereka sepatutnya pergi dengan menaiki kereta ke Togo bagi menyertai projek bantuan kemanusiaan dengan Zion’Gaia, kumpulan berorientasikan alam sekitar yang terlibat dalam projek penghutanan semula, menurut laman sesawangnya.
“Mereka tidak pernah menyeberangi sempadan atau memohon visa dari Burkina Faso ke Togo atau Ghana,” menurut kenyataan yang dihantar dalam kumpulan Facebook yang dihasilkan keluarga wanita tersebut.
Ia menyatakan Blais dan Tacchetto telah menuju ke Ouagadougou dari BoboDiulasso untuk bermalam selama empat atau lima hari, menyatakan bahawa satu amaran perjalanan Kanada telah melaporkan risiko samun dan penculikan di kawasan itu.
Keganasan etnik telah menyebabkan 48 kematian di Burkina Faso pada minggu ini, perintah darurat telah dilaksanakan di beberapa wilayah ekoran ancaman serangan pelampau.
Kementerian luar Kanada memberikan amaran kepada rakyatnya untuk mengelak perjalanan yang tidak penting di Burkina Faso disebabkan oleh ancaman pengganas. — AFP