Berdepan tindakan tegas Penyedia perkhidmatan hotel dan rumah tumpangan tidak berdaftar
PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak akan teragakagak mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha dan penyedia perkhidmatan hotel dan rumah tumpangan yang tidak berlesen dan berdaftar, tegas Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi.
Beliau berkata, jika siasatan mendapati premis haram terbabit benar-benar wujud, pihak berkaitan perlu menyenaraikan nama dan bilangan premis untuk diambil tindakan tegas dengan segera kerana ia melibatkan soal keselamatan orang awam yang mendiami premis terbabit.
“Kementerian tidak mahu orang ramai khususnya pelancong tertipu dengan perkhidmatan yang mereka sediakan. Jika sesuatu yang buruk berlaku, ia tidak hanya melibatkan korban nyawa malah memberi imej buruk kepada pelancongan negara,” katanya lagi dalam kenyataan yang mengulas laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad mengenai hotel tidak sah di bawah tajuk ‘Illegal Hotel Menace’.
Jelas Mohamaddin, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menggerakkan agensi sedia ada untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengesan kewujudan premis-premis haram berkenaan secara lebih kerap.
“Jika boleh kementerian mahu ia dilakukan sebulan sekali agar usaha penipuan ini dapat dipatahkan secara tuntas,” katanya.
Perbincangan antara kementerian dengan PBT akan turut menggariskan tindakan tegas bagaimana yang boleh diambil selain tindakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dan Akta 482 ke atas pengusaha rumah tumpangan tidak berlesen.
Mohamaddin berkata, orang ramaijugajanganmudahtertipu dengan promosi premis-premis tidak berdaftar yang membuat promosi bersama premis berdaftar dan berlesen.
“Premis tidak berdaftar juga boleh menipu pelanggan mereka di atas talian dengan harga murah dan reka bentuk menarik. Perbincangan akan turut diadakan bersama kementerian berkaitan bagi menyaring dan menyekat laman-laman web yang dibangunkan pengusaha haram terbabit,” katanya.
Jelas Mohamaddin semua pihak selepas ini perlu peka dengan situasi dan melihat ke papan lesen yang dipampang di setiap premis yang dikunjungi sebelum menginap di manamana hotel atau rumah tumpangan. -Bernama
“Kementerian tidak mahu orang ramai khususnya pelancong tertipu dengan perkhidmatan yang mereka sediakan. Jika sesuatu yang buruk berlaku, ia tidak hanya melibatkan korban nyawa malah memberi imej buruk kepada pelancongan negara.
DATUK MOHAMADDIN KETAPI Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya