Tindakan tegas akan diambil pemilik sewakan rumah PPR
Jangan sewakan rumah PPR, tindakan tegas diambil
SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sedang membuat kajian bagi mengagihkan kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sandakan kepada rakyat tempatan yang memerlukan rumah dan benar-benar layak menduduki.
Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik berkata pihaknya masih lagi membuat kajian berhubung perkara itu.
Beliau berkata kajian juga sedang dibuat bagi rumahrumah yang telah kosong, sama ada gagal membayar atau sebaliknya.
“Kita akan pastikan mereka yang berkelayakan sahaja mendapat ” rumah PPR DATUK PETER HII CHANG LIK Presiden MPS
“Setakat ini, segala keputusan pengagihan dan nama pemohon yang dicadangkan untuk mendapat kelulusan telah diletakkan di Pejabat Presiden MPS,” katanya.
Peter Hii berkata pihaknya kini akan menghantar manamana nama pemohon yang telah dicadangkan dan benarbenar berkelayakan kepada pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah untuk mendapat kelulusan.
“Kita akan pastikan mereka yang berkelayakan sahaja mendapat rumah PPR,” katanya selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt di Bilik Mesyuarat MPS pada Jumaat.
Stephen yang juga Ahli Parlimen Sandakan telah membangkitkan masalah yang dihadapi rakyat terutamanya meringkaskan prosedur permohonan PPR dan isu pembangunan di Sandakan.
Peter Hii turut menasihati pemilik rumah PPR di daerah ini agar tidak menyewakan rumah mereka kepada orang lain kerana pihaknya akan mengambil tindakan berhubung perkara terbabit.
“Kita juga telah menjalankan kajian mengenai penghuni yang tinggal di perumahan PPR, sama ada yang tinggal itu adalah pemilik atau disewakan,” katanya.
Beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyewakan rumah PPR kepada orang lain.
Dalam isu lain, Peter Hii menggesa masyarakat membudayakan amalan menjaga kebersihan pada setiap masa terutamanya di seluruh persekitaran penempatan dan bandar bagi memastikan Bandar Sandakan sentiasa bersih dan terjaga.
“Masyarakat perlu membudayakan diri supaya tidak membuang sampah sesuka hati sehingga mengotorkan persekitaran dan perlu ada rasa tanggungjawab dalam diri setiap orang apabila melihat sampah bertaburan supaya sukarela mengutip dan membuangnya ke dalam tong sampah,” katanya.
Beliau berkata pihak media juga perlu memainkan peranan agar memperbanyakkan penulisan artikel memupuk kesedaran sivik dalam masyarakat supaya membudayakan amalan kebersihan memandangkan ada pihak tidak bertanggungjawab didapati melanggari undangundang pihak berkuasa tempatan.
“Pembuangan sampah tidak ikut peraturan perlu dibanteras. Kita serius dengan usaha ini untuk memastikan Bandar Sandakan sentiasa bersih,” katanya.
Beliau yang turun melihat sendiri aduan orang ramai mengenai sampah sarap yang dibuang merata-rata di kawasan Taman Tun Razak berkata pihaknya telah menyelesaikan segera masalah itu.
Peter Hii menasihati masyarakat bandar ini supaya bersama-sama menjaga kebersihan dan membuang sampah di dalam tong yang disediakan.
“Ubah sikap dan janganlah buang sampah di luar tong sampah kerana ini akan menyebabkan Bandar Sandakan kelihatan kotor di mata orang luar yang berkunjung ke sini, selain boleh menyebabkan penularan penyakit berjangkit,” katanya.