Genever undur sebagai ketua jurulatih
Skuad skuasy negara menerima tamparan
Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam, dalam kenyataan hari ini, berkata, jurulatih berusia 45 tahun dari England itu, akan terus berkhidmat sehingga 28 Feb ini.
Beliau berkata Genever mempunyai hubungan istimewa dengan pemain senior yang bekerja rapat dengannya dan dihormati oleh semua pemain dalam pasukan.
Malah, katanya, rakan jurulatihnya juga menghormatiGeneverkerana sering memberi bantuan.
“Saya dapati Peter (Genever) adalah seorang teliti dan berterus terang ketika mengajar dalam semua sesi latihan dan mudah bekerja dengannya.
“Beliau memberi kerjasama dan berpengetahuan luas dalam bidang tugasnya. SRAM terutama sekali di bahagian kejurulatihannya akan merinduinya,” katanya.
Maniam berkata Genever juga turut menawarkan diri untuk melatih penggantinya untuk beberapa bulan serta sanggup menjaga pemain kebangsaan jika mereka berkunjung ke United Kingdom untuk sesi latihan
“Saya dapati Peter (Genever) adalah seorang teliti dan berterus terang ketika mengajar dalam semua sesi latihan dan mudah bekerja dengannya. Beliau memberi kerjasama dan berpengetahuan luas dalam bidang tugasnya. SRAM terutama sekali ” di bahagian kejurulatihannya akan merinduinya.
MEJAR (B) S. MANIAM
Pengarah Kejurulatihan SRAM
atau pertandingan.
Dalam kenyataan sama, Genever mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak termasuk SRAM dan Majlis Sukan Negara atas sokongan penuh ketika melatih pemain kebangsaan.
Genever memainkan peranan penting membimbing beberapa pemain kebangsaan dan bekas pemain termasuk Mohd Azlan Iskandar dan pemain nombor dua negara, Mohd Nafiizwan Adnan untuk mencapai pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa. Bernama