Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan mendefinis­ikan perkataan, perbuatan dianggap menghina

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mendefinis­ikan perkataan atau perbuatan yang boleh dianggap sebagai menghina institusi diraja, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas isu penahanan tiga individu di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaan mengeluark­an kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V, beliau berkata definisi sebenar perbuatan atau perkataan menghina itu perlu untuk penguatkua­saan pada masa akan datang.

“Pada masa ini pihak penguat kuasa tidak faham apa yang dianggap sebagai menghina, jadi kita perlu ‘spell out’ (nyatakan) apa perbuatan atau perkataan yang dianggap sebagai menghina,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), di sini pada Khamis.

Ditanya mengenai undang-undang baharu yang akan digubal untuk melindungi kesucian institusi diraja negara daripada dihina, seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong hari ini, Dr Mahathir secara ringkas berkata kerajaan akan melihat definisi menghina yang lebih tepat.

Penahanan tiga individu terbabit semalam bagi membantu siasatan terhadap dakwaan mengeluark­an kenyataan berunsur hinaan di media sosial berkaitan isu Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, mendapat kritikan pihak-pihak tertentu.

Dr Mahathir berkata Malaysia kini mengamalka­n kebebasan bersuara di mana individu yang bercakap perkara yang berfakta tidak boleh disalahkan.

“Sebaliknya kalau kita tutup mulut semua orang sehingga apabila jenayah berlaku pun kita tak boleh sebut, akan berlaku ketidakadi­lan dalam negara kita,” katanya.

Ditanya mengenai agendanya menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene yang dijadualka­n petang ini, Dr Mahathir berkata: “Saya nak jumpa Baginda, itu saja,”.

Sebuah akhbar tempatan yang memetik sumber Pejabat Perdana Menteri melaporkan Sultan Johor berkenan untuk menerima Dr Mahathir menghadap dan ia merupakan yang pertama kali sejak beliau menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ditanya sama ada pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu akan dibincangk­an semasa menghadap Sultan Ibrahim, sumber itu memberitah­u terdapat banyak perkara yang perlu dimaklumka­n dalam pertemuan tersebut. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia