Utusan Borneo (Sabah)

Kelulusan MM2H kuasa KDN

Penjelasan Mohammaddi­n berkaitan isu lambakan 3,000 permohonan di seluruh negara

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN ketika ditemui media. Turut kelihatan Dumi (kiri) dan Assaffal (kanan).

LAHAD DATU: Kelulusan bagi permohonan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang dianjurkan oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (Motac) tertakluk di bawah bidang kuasa Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata MM2H yang dianjurkan sejak 2015 itu masih dikelola secara bersama dengan KDN dan keputusan akhir ditentukan kementeria­n terbabit.

“Sejak dari awal penganjura­n program MM2H ini, keputusan dan kelulusan akhir diputuskan KDN.

“Di pihak kita pula, kita masih mengambil permohonan terbabit dan kita serahkan kepada KDN untuk kelulusan.

“Kementeria­n kita tidak punya banyak perundanga­n yang perlu dipatuhi pemohon kerana akta-akta berkaitan adalah di bawah bidang kuasa KDN,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Pertama Jawatankua­sa Kerja Tindakan Daerah Lahad Datu bagi sesi 2019 di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Lahad Datu pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Silam berkata demikian ketika menjawab soalan media berhubung dakwaan lambakan permohonan MM2H yang masih belum mendapat kelulusan.

Isu itu sebelumnya diutarakan Persatuan Program Malaysia Rumah Keduaku yang mendakwa hampir 3,000 permohonan masih tidak mendapat kelulusan daripada kementeria­n.

Mohamaddin berkata tidak timbul isu birokrasi atau pemindahan­programMM2­H kepada KDN, sebaliknya permohonan terbabit perlu melalui proses yang tertakluk di dalam KDN.

“Ini bukan perkara baharu kerana ia telah dipraktikk­an sebelum ini dan saya mohon agar pemohon dapat bersabar,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Dumi Masdal dan Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal P Alian.

Dalam perkembang­an lain, Mohamaddin berkata Jawatankua­sa Kerja Tindakan Daerah Lahad Datu akan membuat tindakan yang sewajarnya bagi membendung permasalah­an aktiviti komuniti Pala’u.

“Mereka sedikit sebanyak telah menimbulka­n masalah terutama kepada industri pelanconga­n di Lahad Datu. Oleh itu, kita akan mencari jalan penyelesai­an yang baik,” katanya.

“Kementeria­n kita tidak punya banyak perundanga­n yang perlu dipatuhi pemohon kerana akta-akta berkaitan adalah di bawah ” bidang kuasa KDN. DATUK MOHAMADDIN KETAPI Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

 ??  ?? MOHAMADDIN
MOHAMADDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia